Anda di sini

Draf pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan mesti diberi lebih awal: Karim

Advertisement
 Abdul Karim pada sidang media di Kuching,                                 semalam. — Gambar Chimon Upon
BERI AWAL: Abdul Karim pada sidang media di Kuching, semalam. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karum Rahman Hamzah menegaskan bahawa draf pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan mesti diberikan kepada ahli parlimen lebih awal.

Beliau menegaskan, ahli parlimen seharusnya diberikan draf berkenaan sekurang-kurangnya seminggu sebelum Rang Undang-Undang (RUU) pindaan dibentang seterusnya dibahaskan.

“Dalam kes biasa, sama ada persidangan parlimen atau Dewan Undangan Negeri, bagi mana-mana RUU sama ada baharu atau pindaan, draf mengenai pindaan mesti diberikan kepada ahli dewan sekurang-kurangnya seminggu sebelum bacaan pertama, kedua dan dibahas-kan, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas me-ngenai pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan di parlimen pada sidang media di sini, semalam.

Abdul Karim yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan seorang peguam terlatih menjelaskan bahawa draf perlu diberi lebih awal bagi membolehkan setiap ahli mempunyai masa untuk membaca dan memahami isi kandungan supaya mereka dapat membahas dengan baik.

Sehubungan itu, beliau kurang senang dengan kenya-taan Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii yang mengatakan draf pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan dibentangkan pada sesi persidangan parlimen ketika ini hanya akan diberikan kepada ahli parlimen semasa bacaan pertama.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Asajaya berkata RUU itu sangat penting, terutama apabila ia melibatkan hak-hak rakyat Sarawak, yang  sudah tentu tidak boleh dipermainkan kerana ia berkaitan penubuhan Malaysia.

“Pindaan ini berkait rapat dengan rakyat Sarawak, sama ada kamu daripada Pakatan Harapan atau Gabungan Parti Sarawak (GPS), kita mesti bersatu kerana Perjanjian Malaysia 1963 bahagian pen-ting dalam struktur kita,” tegasnya.

Justeru beliau berharap Dr Yii dan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen mempunyai keinginan tinggi untuk meng-utamakan Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Abdul Karim berkata beliau menyokong usaha kerajaan menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun berbanding 21 tahun ketika ini.

Beliau percaya rakyat Malaysia pada usia 18 tahun sudah matang dan boleh membuat keputusan dengan baik.

Advertisement