Anda di sini

14 individu leka berpesta liar ditahan polis

Advertisement
SUSPEK yang ditahan selepas berpesta liar di sebuah bilik hotel di kawasan bandaraya pada Rabu.
SUSPEK yang ditahan selepas berpesta liar di sebuah bilik hotel di kawasan bandaraya pada Rabu.

KOTA KINABALU: Polis menahan 14 individu termasuk enam wanita semasa sedang leka berpesta liar di sebuah bilik hotel di kawasan bandaraya di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kesemua suspek termasuk dua warga Filipina yang ditahan dalam serbuan jam 12.30 tengahari itu berumur 21 hingga 35 tahun.

“Semasa serbuan, pihak polis menemukan pinggan kecil yang berisi dadah jenis ketamin bernilai RM50 untuk tujuan berhibur ketika pesta liar berlangsung.

“12 daripada suspek termasuk empat wanita juga positif dadah jenis ketamin selepas ujian air kencing dijalankan terhadap mereka,” katanya.

Habibi berkata serbuan itu dilaksanakan selepas pihaknya mendapat laporan berkenaan kumpulan terbabit yang menjadikan bilik hotel itu sebagai tempat berpesta.

“Bilik hotel itu juga dijadikan tempat persinggahan selepas mereka keluar dari pusat hiburan pada malam sebelumnya bagi tujuan khayal sambil berhibur.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement