Anda di sini

Sarawak dijangka miliki satu lagi penerbangan terus

Advertisement
 Abdul Karim menandatangani replika plak sebagai simbolik pembukaan pejabat BESAC                                                                                               di Plaza Aurora di Kuching, semalam. Turut kelihatan Leo (dua kiri), Amelia (tiga kiri) dan                      Abang Karim (kanan) serta yang lain.
RASMI: Abdul Karim menandatangani replika plak sebagai simbolik pembukaan pejabat BESAC di Plaza Aurora di Kuching, semalam. Turut kelihatan Leo (dua kiri), Amelia (tiga kiri) dan Abang Karim (kanan) serta yang lain.

KUCHING: Sarawak dijangka mempunyai satu lagi penerbangan terus baharu iaitu Kuching-Jakarta, Indonesia.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merupakan usaha Kerajaan Sarawak dalam menaik taraf perhubungan udaranya secara berperingkat.

“Saya baharu sahaja menerima panggilan daripada syarikat penerbangan AirAsia mengenai sektor penerbangan terus baharu iaitu Kuching-Jakarta.

“Ia mungkin akan di-umumkan dalam masa dua atau tiga minggu akan datang,” katanya ketika ber-ucap merasmikan pembukaan Pejabat Pusat Persatuan Acara Perniagaan Sarawak (BESAC) di Plaza Aurora di sini, semalam.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak berusaha mengambil langkah secara berperingkat dalam perhubungan udaranya agar lebih banyak penerbangan terus ke Kuching yang dimulakan dengan Kuching-Jakarta.

Abdul Karim berkata, langkah itu kemungkinan akan diperkembangkan kepada penerbangan Kuching ke Thailand.

“Kita dapat melihat bahawa terdapat banyak tawaran kepada rakyat Malaysia dan pelancong dari negara luar yang mahu datang ke Kuching,” katanya.

Bagaimanapun beliau memberitahu, usaha sedemikian mengambil masa dan memerlukan kerjasama semua pihak agar memainkan peranan masing-masing.

Sementara itu mengulas mengenai acara pembukaan BESAC, Abdul Karim berkata, Kerajaan Sarawak menggalakkan lebih banyak persatuan dari luar termasuk luar negara menubuhkan pejabat wilayah di Sarawak.

Beliau berkata, persatuan perniagaan khasnya membantu meletakkan Sarawak kerana mereka merupakan pemain industri dari seluruh dunia.

“Tanpa komitmen mereka, sektor acara perniagaan tidak seperti apa yang kita ada hari ini.

“Maka itu persatuan seperti FCPAAM, adalah penyumbang penting kepada sektor perniagaan dan pelancongan yang merupakan kunci kepada impak pembangunan negara,” katanya.

Terdahulu Abdul Karim menyaksikan majlis menanda-tangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Business Event Sarawak yang dahulu dikenali Biro Konvensyen Sarawak (SBC) dengan Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina dan Akupunktur Malaysia (FCPAAM).

Hadir sama Pengerusi Business Event Sarawak Tan Sri Dato Sri Muhammad Leo Toyad Abdullah, Timbalan Pengerusinya Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Amelia Roziman.

  • oleh
  • Advertisement