Anda di sini

Agihan cukai pelancongan, Sarawak terima RM2.58 juta

Advertisement
Abdul Karim (dua kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Negeri Sarawak di sini, hari ini.- Gambar Chimon Upon
Abdul Karim (dua kanan) ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelancongan Negeri Sarawak di sini, hari ini.- Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sarawak sudah menerima agihan 50 peratus cukai pelancongan bagi tahun 2017 hingga Disember 2018 berjumlah RM2.58 juta.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kewangan telah menunaikan janji untuk mengagihkan cukai pelancongan pada suku pertama tahun ini.

"Kita baharu sahaja menerima (agihan 50 peratus) cukai pelancongan bagi tahun 2017 hingga penghujung 2018.

"Walaupun jumlahnya tidak begitu besar, saya sangat gembira kerana kerajaan persekutuan telah menunaikan janjinya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatantkuasa Pemandu Pelancongan Sarawak di sebuah hotel di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata beliau bersama ketua-ketua agensi pelancongan negeri akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Mohamaddin Ketapi di ibu negara, esok.

Menurutnya, beberapa perkara akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut antaranya pembangunan prasarana dan acara-acara pelancongan.

"Kita melihat selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pusat, ada penurunan dari segi peruntukan pembangunan prasarana pelancongan, tidak kurang dibatalkan.

"Mungkin mereka (Kerajaan Persekutuan) masih mengatur keadaan, untuk menstabil serta mengkaji acara-acara dan prasarana pelancongan yang perlu diberi keutamaan," katanya.

Tambahnya berdasarkan maklum balas daripada Mohamaddin, Sarawak mungkin mendapat peruntukan sewajarnya untuk membangunkan lagi prasarana pelancongan di negeri ini.

Sebagai contoh ujarnya meskipun Sarawak kini berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan udara, kerjasama dengan kerajaan pusat masih diperlukan.

Ini kerana katanya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Malaysia Airports Holding Berhad di bawah Kerajaan Pusat.

  • oleh
  • Advertisement