Anda di sini

Diancam hakisan, pembinaan SK Sebemban perlu dipercepat

Advertisement
 Razi menyaksikan sendiri kawasan sekolah yang semakin hampir dengan sungai. Majelan menunjukkan kawasan yang rosak teruk akibat hakisan.
SEMAKIN HAMPIR: Razi menyaksikan sendiri kawasan sekolah yang semakin hampir dengan sungai. Majelan menunjukkan kawasan yang rosak teruk akibat hakisan.

PENDUDUK Kampung Sebemban di Saribas menggesa kerajaan agar mempercepatkan pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban yang baharu sebelum sebarang kemungkinan berlaku akibat hakisan atau tanah susur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohamad Razi Sitam yang dalam rangka kerja meninjau beberapa projek pembangunan di kawasan beliau baru-baru ini sempat melihat keadaan SK Sebemban yang semakin membimbangkan dengan struktur tebingan yang jelas susur.

“Saya bersama Guru Besar Majelan Tambi dan Ketua Kampung Merawi Lepor akan duduk berbincang mencari penyelesaian supaya projek bangunan baharu SK Sebemban yang tapaknya telah disediakan akan dipercepatkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Kita melihat keadaan ini semakin membimbangkan dan dikhuatiri berlakunya hakisan berterusan yang boleh memusnahkan harta benda dan nyawa,” katanya.

 Salah satu bangunan sekolah sudah terlalu hampir dengan sungai.
MERESAHKAN: Salah satu bangunan sekolah sudah terlalu hampir dengan sungai.
 Razi bersama belia kampung bergambar ketika lawatan ke kawasan beliau di Saribas.
SIAP: Razi bersama belia kampung bergambar ketika lawatan ke kawasan beliau di Saribas.

Selain itu Mohamad Razi turut memberi perhatian pada beberapa projek naik taraf iaitu sistem perparitan Kampung Sebemban, gelanggang futsal, jalan lorong ke rumah penduduk dan tapak pembuangan sampah berpusat.

Salah satu projek yang menarik perhatian ialah Pusat Perkhidmatan Baharu Kampung Sebemban yang apabila siap kelak akan dijadikan tapak berniaga dan menaik taraf kehidupan penduduk.

Kawasan yang dirancang tersebut dikelilingi jalan raya ‘round about’ yang bakal menjadi daya tarikan kepada penduduk dan mereka yang melimpas kawasan terbabit.

Razi juga berkesempatan singgah meninjau gelanggang futsal Kampung Balingan yang sudah siap dinaik taraf pagar.

Beliau juga berpeluang bersembang dengan belia kampung untuk bertanyakan tentang kemudahan yang disediakan kerajaan dan boleh dijadikan sebagai pusat riadah.

  • oleh
  • Advertisement