Anda di sini

‘Crossroads: One Two Jaga’ menang besar, Filem Terbaik FFM30

Advertisement
 Penerbit filem ‘One Two Jaga’ Bront Palarae (empat kiri) bersama pengarah Namron (tiga kiri) bergambar kenangan selepas memenangi Kategori Filem Terbaik pada Majlis Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu lepas. Anugerah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. — Gambar Bernama
FILEM TERBAIK FFM30: Penerbit filem ‘One Two Jaga’ Bront Palarae (empat kiri) bersama pengarah Namron (tiga kiri) bergambar kenangan selepas memenangi Kategori Filem Terbaik pada Majlis Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu lepas. Anugerah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Filem tempatan ‘Crossroads: One Two Jaga’ merangkul anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang diadakan pada malam Sabtu lepas.

Filem arahan Nam Ron itu turut meraih lima lagi anugerah yang terdiri daripada Anugerah Pengarah Terbaik; Lakonan Layar Terbaik menerusi Amri Rohaiyat, Fared Ayam dan Nam Ron sendiri; Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Rosdeen Suboh; Cerita Asal Terbaik oleh Pitt Haniff, Muhammad Syafiq dan Nam Ron; serta Poster Terbaik oleh Jazzy Pictures.

Filem yang berkisarkan mengenai kisah di sebalik tabir kehidupan pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia itu memenangi Anugerah Filem Terbaik dengan mengenepikan empat filem lain yang turut dicalonkan kategori berkenaan.

Trofi disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Singh Deo yang turut merasmikan malam kemuncak festival berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri KKMM Eddin Syazlee Shith, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Datuk Samsuni Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

PENGARAH TERBAIK (FFM30)   NAMRON - ONE TWO JAGA
PENGARAH TERBAIK (FFM30) NAMRON - ONE TWO JAGA
PELAKON WANITA TERBAIK (FFM30)  DATIN SERI UMIE AIDA
PELAKON WANITA TERBAIK (FFM30) DATIN SERI UMIE AIDA

Dalam pada itu, Pelakon Wanita Terbaik dimenangi Datin Seri Umie Aida untuk filem ‘Dukun’, manakala filem ‘Munafik 2’ pula menerima anugerah Filem Box Office.

Filem ‘Guang’ yang mengangkat tema kehidupan penghidap autisme, meraih empat anugerah iaitu Penataan Seni Terbaik (Chan Hsien Yu), Pelakon Lelaki Harapan (Kyo Chen), Sinematografi Terbaik (Yeong Tuck Wei) dan Pengarah Harapan (Quek Shio Chuan).   

FFM30 turut menyaksikan pelakon, pelawak, pengarah filem dan penulis skrip A.R. Badul dinobatkan sebagai Karyawan Sepanjang Zaman.

 Gobind (tengah) bersama Syazlee pada Majlis Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu lepas. — Gambar Bernama
ANTARA TETAMU: Gobind (tengah) bersama Syazlee pada Majlis Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu lepas. — Gambar Bernama

Dengan tema ‘Inspirasi Sinemaku’, FFM30 menyaksikan 42 filem bertanding merebut 24 anugerah pada malam kemuncak yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Astro Ria HD dari Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

— Bernama

Advertisement