Anda di sini

94 anggota RELA dari empat daerah jayakan Kursus Asas Rela Siri 1/2019

Advertisement
 Peserta Kursus Asas Rela Siri 1/2019 bergambar untuk kenangan.
UNTUK KENANGAN: Peserta Kursus Asas Rela Siri 1/2019 bergambar untuk kenangan.

SERAMAI 94 anggota RELA dari empat daerah dengan jayanya menamatkan Kursus Asas Rela Siri 1/2019 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau, Jumaat lalu.

Kursus selama enam hari dari 24 hingga 29 Mac itu adalah anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Julau yang disertai peserta dari Julau, Kanowit, Maradong dan Pakan.

Seramai 25 pegawai lain-lain pangkat membantu menjayakan kursus ini.

 Rini memeriksa perbarisan anggota RELA pada Kursus Asas Rela Siri 1/2019.
MESTI KEMAS: Rini memeriksa perbarisan anggota RELA pada Kursus Asas Rela Siri 1/2019.

Antara pengisian program ialah ceramah daripada pelbagai agensi kerajaan, termasuk Polis DiRaja Malaysia dan latihan kawad kaki.

Budul Engga telah dinobat sebagai penerima anugerah Kepimpinan Terbaik, manakala Aisah Abdul Rahim dinobat sebagai Peserta Kursus Relawati Terbaik dan Mohamad Asfia Abdul Rahim sebagai Peserta Kursus Relawan Terbaik.

 Aisah menerima anugerah Relawati Terbaik daripada Rini.
BANGGA: Aisah menerima anugerah Relawati Terbaik daripada Rini.

Julau adalah daerah pertama mengadakan kursus ini bagi tahun ini dan dijangka akan turut diadakan di kawasan lain pada masa akan datang.

Pada masa ini, daerah Julau mempunyai seramai 13,574 anggota RELA di mana 9,401 adalah anggota lelaki dan 4,173 wanita.

Sementara itu, majlis penutupan Kursus Asas Rela Siri 1/2019 disempurnakan oleh Pengarah RELA Sarawak Rini Tupong.

  • oleh
  • Advertisement