Anda di sini

Hari Keluarga Kampung Pengkalan Madang suburkan kemesraan

Advertisement
 Elsi (berdiri enam kiri) dan Mary bersama pemenang-pemenang Ratu Baju Baduro.
MENAWAN: Elsi (berdiri enam kiri) dan Mary bersama pemenang-pemenang Ratu Baju Baduro.
 Hasbi menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada seorang pemenang.
TAHNIAH: Hasbi menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada seorang pemenang.
 Ragam peserta lelaki yang memeriahkan acara pakaian beragam.
MENCUIT HATI: Ragam peserta lelaki yang memeriahkan acara pakaian beragam.
 (Dari dua kiri) Peter, Paulus, Hasbi, Elsi, Mary dan yang lainnya memotong kek Hari Keluarga.
RAI BERSAMA: (Dari dua kiri) Peter, Paulus, Hasbi, Elsi, Mary dan yang lainnya memotong kek Hari Keluarga.

SAMBUTAN Hari Keluarga Kampung Pengkalan Madang yang diadakan di Limbang, baru-baru ini merupakan platform terbaik dalam menyuburkan hubungan mesra di peringkat kampung.

ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, program itu mampu memupuk hubungan kerjasama dalam  kalangan penduduk kampung.

“Tanpa kerjasama dan hubungan erat tersebut adalah sukar untuk bergerak dan merancang sesuatu untuk pembangunan luar bandar yang dirancang kerajaan Sarawak.

“Program ini perlu diterus dan diperbanyakkan pada masa akan datang,” katanya.

Pelbagai program itu diadakan seperti Pertandingan Ratu Baju Baduro dan pakaian beragam lelaki.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah dan isteri Elsi Marlina Abdullah, isteri Paulus Mary Sindang, Timbalan Presiden Persatuan Bisaya Sarawak Peter Sawal, Pengerusi Malam Pementasan Hari Keluarga Rose Leong dan Penghulu Manang Tingkat.

Advertisement