Anda di sini

‘Wonderful Indonesia’ bakal gegar Tebingan Kuching

Advertisement
 Penyanyi terkenal Indonesia, Cita Citata bakal menghiburkan peminat di Tebingan Kuching pada 30 Mac ini.
PENGHIBUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Cita Citata bakal menghiburkan peminat di Tebingan Kuching pada 30 Mac ini.

PESTA ‘Wonderful Indonesia’ buat julung kalinya bakal berlangsung di Tebingan Kuching (Sarawak) pada 29 hingga 31 Mac ini.

Jurucakap penganjur Datuk Rozalix Edi Wahab berkata, pesta tiga hari itu bakal menampilkan pelbagai aktiviti termasuk pameran, jualan makanan serta expo kraf tangan dan sebagainya.

Menurutnya, pesta tersebut juga menyaksikan kemunculan artis terkenal Indonesia iaitu Cita Citata yang bakal menghiburkan hadirin dengan lagu-lagu dangdutnya.

“Selain pameran makanan, jualan kraf tangan dan ekspo, pesta tersebut juga diselitkan dengan pesta air iaitu regata terbuka,” katanya ditemui di Kuching, kelmarin.

Rozalix memberitahu bahawa pesta tersebut turut berlangsung serentak dengan Minggu Warisan anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Justeru, orang ramai sekitar Bandar raya Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sadong Jaya, Asajaya dan seluruh negeri adalah dijemput datang memeriahkan pesta tersebut.

Advertisement