Anda di sini

WCS, SEB jayakan kempen membersih Pantai Abang Amin, Sematan

Advertisement
 Para peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar beramai-ramai.
KENANGAN MANIS: Para peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar beramai-ramai.

Sumbangan Dunit Isi

KEPRIHATINAN terhadap udara segar untuk dinikmati pengunjung menggalakkan Wildlife Conservation Society (WCS) berkolaboratif dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk menjayakan kempen membersih Pantai Abang Amin, Sematan baru-baru ini.

Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menggalak masyarakat setempat memulihara alam sekitar supaya semua orang dapat menikmati udara sihat.

Acara berkenaan dilancarkan oleh Pengurus Besar Bahagian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar SEB Robin Tingai.

WCS menjayakan kempen ini menerusi kelab Power 2 Grow yang bertanggungjawab menganjurkan aktiviti sosial dan masyarakat.

 Timbunan sampah yang berjaya dikutip dalam kempen ini.
JAGA KEBERSIHAN: Timbunan sampah yang berjaya dikutip dalam kempen ini.
 Robin melakukan acara simbolik pelancaran kempen membersih pantai bersama dengan ahli kelab. Turut kelihatan Mahmud Long, Alsula dan Mark.
PELANCARAN: Robin melakukan acara simbolik pelancaran kempen membersih pantai bersama dengan ahli kelab. Turut kelihatan Mahmud Long, Alsula dan Mark.

Sementara itu Pengurus Kanan, Alam Sekitar-HSSE WCS Mahmud Long mengalu-alukan kedatangan semua yang menjayakan kempen berkenaan selain amat menggalakkan pembabitan anggota keluarga untuk sama-sama berganding bahu selain merapatkan hubungan dalam suasana ceria.

Acara berkenaan yang mendapat sambutan menggalakkan bertambah serinya dengan sokongan 97 peserta terdiri darpadai pelajar UNIMAS, UiTM, Swinburne dan badan berkanun.

Kempen pada hari berkenaan berjaya mengutip 93 beg sampah dengan berat 596,25 kg, kebanyakannya plastik dan botol.

Advertisement