Anda di sini

Sepanyol menangani ancaman Norway dengan kemenangan 2-1

Advertisement
 Pemain tengah Sepanyol, Marco Asensio (kanan) dicabar oleh pemain Norway, Havard Nordtveit ketika bersaing pada perlawanan di Stadium Mestalla, Valencia Sabtu lepas. — Gambar AFP
SENGIT: Pemain tengah Sepanyol, Marco Asensio (kanan) dicabar oleh pemain Norway, Havard Nordtveit ketika bersaing pada perlawanan di Stadium Mestalla, Valencia Sabtu lepas. — Gambar AFP

VALENCIA, Sepanyol: Sepanyol menangani cabaran sengit Norway untuk memulakan kempen Euro 2020 dengan kemenangan 2-1 di Valencia Sabtu lepas.

Skuad bimbingan Luis Enrique itu mengawal permainan dengan hantaran pantas dan mengesahkan tiga mata penuh menerusi gol Rodrigo dan Sergio Ramos.

Joshua King menyempurnakan satu tendangan penalti di antara dua gol pasukan tuan rumah.

“Anda harus menilai perkara positif. Kami selayaknya menang 5-1 atau 6-1 tetapi bola sepak hanya diberi ganjaran dengan gol,” kata Enrique.

“Saya gembira dengan segala-galanya: sikap, apa yang kami bincang sepanjang minggu, peluang yang dicipta menentang pasukan yang bermain secara bertahan. Mungkin satu-satu bahagian yang perlu diperbaiki ialah penyudah lebih berbisa.”

Alvaro Morata mensia-siakan peluang terbaik pada 10 minit pertama apabila tandukannya tepat ke dakapan penjaga gol Norway, Rue Jarstein.

Sepanyol bagaimanapun membuka jaringan pada minit ke-16 menerusi gol kelima dari 16 penampilan antarabangsa buat Rodrigo, 28, yang menyempurnakan umpanan Jordi Alba.

Norway hampir mengikat kedudukan pada minit ke-30 dengan cubaan Tarik Elyounoussi tersasar walaupun penjaga gol Sepanyol, David de Gea sudah tertewas.

Elyounussi hampir menebus kehampaan beliau dengan gol penyamaan 10 minit kemudian tetapi cubaannya sekali lagi tersasar.

Dani Ceballos hampir meletakkan Sepanyol di hadapan sekali lagi sebelum rehat tetapi tendangan beliau berjaya dihadang pemain pertahanan Norway, Haitam Alessami.

Permainan terus terikat sehingga 25 minit terakhir dengan satu ten

Norway mengikat kedudukan dari satu tendangan penalti apabila Inigo Martinez mengasari kapten pasukan, Stefan Johanssen dalam kotak penalti.

King menyempurnakan penalti tetapi kegembiraan Norway tidak berpanjangan apabila enam minit kemudian, Sepanyol memperolehi penalti selepas Jarstein menjatuhkan Morata, membolehkan Sergio Ramos meletakkan Sepanyol kembali di hadapan.

Sepanyol akan bertandang ke Malta untuk perlawanan kedua kelayakan sementara Norway menanti kunjungan Sweden Selasa ini. — AFP

Advertisement