Anda di sini

Lelaki tikam paderi di gereja Kanada ketika misa didakwa

Advertisement
 Polis berkawal di Saint Joseph’s Oratory di Montreal, selepas kejadian tikaman paderi Katolik Grou ketika misa Jumaat lalu. — Gambar AFP
KAWALAN KETAT: Polis berkawal di Saint Joseph’s Oratory di Montreal, selepas kejadian tikaman paderi Katolik Grou ketika misa Jumaat lalu. — Gambar AFP

MONTREAL: Seorang lelaki yang dikatakan menikam seorang paderi di depan kongregasi beliau secara langsung di dalam televisyen semasa misa di gereja paling besar di Kanada telah didakwa kelmarin dengan tuduhan cubaan membunuh dan menyerang dengan sejenis senjata.

Vlad Cristian Eremia, 26, muncul sekejap melalui pautan video di sebuah mahkamah Montreal pada tengah hari kelmarin, mempunyai janggut dan memakai baju berkotak-kotak.

Dia akan terus ditahan, dengan perbicaraan seterusnya pada Isnin.

Suspek telah dituduh menyerang Claude Grou, paderi berusia 77 tahun di St Joseph’s Oratory di Montreal semasa misa pagi Jumaat.

Grou telah ditinggalkan dalam keadaan mengalami kecederaan ringan, dalam satu serangan yang  berlaku di depan 60 kariah yang ketakutan termasuk penonton bagi sebuah stesen televisyen Katolik yang menyiarkan misa itu secara langsung.

Polis telah menyatakan serangan sebagai satu insiden terpencil dilakukan oleh seorang lelaki yang dikenali oleh pihak berkuasa, walaupun motifnya masih belum jelas.

Grou telah dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat lepas akan berehat selama beberapa hari sebelum meneruskan tugas beliau, kata pihak gereja dalam satu kenyataan kelmarin, sambil menambah bahawa kecederaan beliau adalah “superfisial.”

“Kesihatan saya adalah baik dan saya mampu untuk mengawal emosi saya,” kata Grou dalam satu pesanan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai bagi sokongan mereka.

“St Joseph’s Oratory  masih lagi sebuah tempat yang menerima, untuk berdoa dan bagi ketenangan seperti yang ia telah lakukan selama lebih dari 100 tahun,” tambah beliau.

Sebagai satu langkah berjaga-jaga, kawalan keselamatan akan diperketatkan dalam masa beberapa minggu akan datang di Oratory, menurut seorang jurucakap bagi pihak gereja.

Dianggap sebagai tempat ibadat paling besar di dunia dikhaskan untuk St Joseph, gereja tersebut menerima kira-kira dua juta pengunjung dalam setahun.

Terletak di kaki bukit, ia menawarkan satu pemandangan yang menarik bagi Montreal. Ia telah ditubuhkan pada 1904 oleh Andre Bessette, yang telah diisytiharkan oleh Pope Benedict XVI pada 2010. — AFP

Advertisement