Anda di sini

Jumlah kematian akibat letupan loji kimia di timur China meningkat 64 orang

Advertisement
 Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di loji kimia milik Jiangsu Tianjiayi Chemical Co Ltd di daerah Xiangshui, Yancheng, wilayah Jiangsu, China kelmarin. — Gamber Reuters
MUSNAH: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di loji kimia milik Jiangsu Tianjiayi Chemical Co Ltd di daerah Xiangshui, Yancheng, wilayah Jiangsu, China kelmarin. — Gamber Reuters

XIANGSHUI (Jiangsu): Jumlah korban letupan di sebuah loji kimia di wilayah Jiangsu, timur China meningkat kepada 64 orang, lapor agensi berita Xinhua.

“Seorang mangsa berjaya diselamatkan pada Sabtu pagi, bagaimanapun 28 lagi masih hilang. Sebanyak 26 mayat telah dikenal pasti,” kata Datuk Bandar Yancheng, Cao Lubao pada  sidang akhbar.

Beliau berkata kemungkinan mangsa dilaporkan masih hilang ada di antara mereka termasuk dalam senarai 38 mayat yang belum dikenal pasti.

Kejadian turut menyaksikan 94 cedera dengan 21 daripadanya kritikal.

Letupan kira-kira 2.48 petang Khamis itu dicetuskan oleh kebakaran di sebuah loji milik Jiangsu Tianjiayi Chemical Co Ltd, di taman perindustrian kimia di daerah Xiangshui, di bandar Yancheng.

Ribuan anggota bomba, petugas kesihatan, ratusan ambulans dan jentera bomba terbabit dalam operasi menyelamat.

Sejumlah 16 hospital di Yancheng setakat ini menerima 617 mangsa.

Menurut pihak berkuasa tempatan, semua bacaan sistem pemantauan alam sekitar didapati normal dan air minuman juga tidak terjejas.

Sebanyak 89 rumah di kawasan berhampiran dilaporkan mengalami kerosakan teruk.

Usaha membaiki pintu di 10 sekolah yang turut alami kerosakan sedang dijalankan, bagi memastikan sekolah dapat dibuka seperti biasa Isnin nanti. — Bernama

Advertisement