Anda di sini

Australia dilanda puting beliung kuat dalam dua hari

Advertisement
 Orang awam melihat ombak besar yang dibawa Siklon Veronica membadai pantai di Pelabuhan Hedland, Barat Australia, semalam. — Gambar Reuters
OMBAK BESAR: Orang awam melihat ombak besar yang dibawa Siklon Veronica membadai pantai di Pelabuhan Hedland, Barat Australia, semalam. — Gambar Reuters

SYDNEY: Satu puting beliung kategori 3 yang teruk bertiup ke arah wilayah perlombongan utama Pilbara di Australia Barat semalam, memaksa pemindahan dan operasi di pelabuhan terpaksa dihentikan, ketika bahagian utara negara berdepan dengan kesan bagi satu ribut yang juga sangat kuat yang melanda pada hari sebelumnya.

Siklon Veronica menjadi lemah dari ribut kategori 4 sebelum angin utamanya membadai pantai berhampiran pusat perlombongan Port Hedland, namun pihak berkuasa memberikan amaran bahawa sistem sedang bergerak perlahan dan akan terus membadai wilayah dengan angin kuat dan hujan lebat selama 24 hingga 48 jam.

Biro Meteorologi menyatakan pergerakan ke depan Veronica telah terhenti sekitar waktu tengah hari semalam sebelum bahagian utamanya melanda, dan telah diramalkan akan menjadi lemah sehingga ribut kategori 1 semalaman dan kemudian bergerak ke barat di sepanjang persisiran pantai.

Ia menyatakan ribut “teruk” telah menghasilkan tiupan angin sehingga 200 kilometer sejam, mendesak satu peningkatan ribut sehingga dua meter ke arah pantai.

Penurunan hujan telah dijangkakan akan mencecah 20-40 sentimeter, jelasnya.

“Air pasang kemungkinan akan naik dengan ketara di atas paras air pasang biasa dengan ombak kuat dan kebanjiran pantai yang sangat berbahaya,” kata biro berkenaan.

 Beberapa syarikat perlombongan dan tenaga utama telah mengambil langkah berjaga-jaga di seluruh wilayah, sebuah hab bagi pengeksportan bijih besi dan gas cecair semula jadi, dengan pelabuhan yang kosong dari kapal-kapal serta kakitangan yang tidak penting telah dipindahkan, menurut laman sesawang australianminining.com.au.

Pantai barat Australia biasanya melihat tiga atau empat siklon setiap tahun dan perkhidmatan kecemasan menyatakan penduduk telah bersedia sepenuhnya bagi kemunculan ribut ini.

Sementara itu, Siklon Trevor, yang melanda bahagian utara Australia kelmarin sebagai ribut kategori 4 yang kuat, menurun kepada satu ribut tropika semalaman ketika ia bergerak di wilayah yang kurang penduduk.

Pihak berkuasa menyatakan tiada kematian, kecederaan atau kerosakan yang ketara  telah dilaporkan akibat ribut, namun hujan lebat masih berterusan dan banjir masih dianggap satu bahaya.

Pihak tentera dan polis telah memindahkan lebih dari 2,000 penduduk dari luar dalam laluan Trevor, ramai daripada mereka adalah komuniti penduduk asli, dan orang ramai mulai pulang semula ke rumah masing-masing semalam, kata polis. — AFP

Advertisement