Anda di sini

Polis tahan 11 warga asing

Advertisement
KESEMUA tangkapan dikumpulkan untuk menjalani pemeriksaan dalam operasi itu.
KESEMUA tangkapan dikumpulkan untuk menjalani pemeriksaan dalam operasi itu.

KOTA KINABALU: Seramai 11 suspek ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah membabitkan serbuan di tujuh lokasi sekitar bandaraya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua tangkapan melibatkan lapan lelaki dan tiga wanita berumur dalam lingkungan 14 hingga 70 tahun.

Katanya, antara kawasan serbuan termasuklah di Likas, Lido, Luyang, Sepanggar, dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

"Operasi ini dijalankan selama lapan jam bermula kira-kira jam 4 petang pada Sabtu hingga 12.15 tengah malam tadi.

"Seramai 42 individu menjalani pemeriksaan sepanjang operasi dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Habibi berkata, tumpuan lokasi serbuan di kawasan yang mempunyai kadar pertumbuhan pendatang tanpa izin (PTI) yang mengundang kepada kegiatan jenayah di bandaraya.

Menurutnya, tangkapan PTI disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, operasi berkenaan turut melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Negeri Sabah.
 

  • oleh
  • Advertisement