Anda di sini

Persatuan keluarga perlu ditubuhkan

Advertisement
MADIUS (dua dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran majlis itu.
MADIUS (dua dari kanan) menyempurnakan gimik pelancaran majlis itu.

TUARAN: Pewujudan persatuan untuk ahli keluarga adalah penting bagi memastikan setiap di antara mereka mengenali satu sama lain.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, penyatuan sakag keluarga penting bagi memastikan tidak ada pelanggaran adat di antara ahli keluarga khususnya dalam soal perkahwinan.

"Keluarga adalah satu unit dan sangat penting kepada kehidupan setiap orang. Dengan adanya persatuan keluarga ini, segala kebajikan, pendidikan serta ekonomi setiap ahli keluarga yang ada dapat diperjuangkan.

"Sekiranya wujud sebarang masalah dalam salah satu ahli keluarga berkenaan, dia boleh diselamatkan oleh ahli keluarga lain yang prihatin," katanya ketika merasmikan Adaw Pogititimugan dan Pelancaran Buku Sakag Dato Pangaroh Tinggi@Soguli, di sini hari ini.

Beliau berkata, menerusi semangat kekeluargaan, persatuan itu boleh memastikan warisan adat resam dan yang berkaitan dalam keluarga berkenaan dapat dikekalkan.

"Saya berharap selepas pelancaran ini, pelbagai aktiviti yang positif termasuk hal kebajikan, ekonomi, adat dan sebagainya dapat dilaksanakan.

"Saya sebagai pemimpin di Tuaran sentiasa memberikan sokongan kepada perkara seumpamanya," katanya.

  • oleh
  • Advertisement