Anda di sini

Pensyarah maut dalam kemalangan dua kereta

Advertisement
 Keadaan salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
REMUK: Keadaan salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

MIRI: Seorang pensyarah wanita maut setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Miri Bypass berhampiran Simpang Kampung 1Malaysia di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang dikenali Saloma Emang, 33, dari Bandar Baharu Permyjaya di sini mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Miri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, pemandu sebuah lagi kereta iaitu seorang lelaki berusia 49 tahun dilaporkan mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Miri.

“Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk dan siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Advertisement