Anda di sini

Pemandu trak langgar bas hoki remaja Kanada dipenjara 8 tahun

Advertisement
 Dalam gambar foto yang diambil pads 8 April 2018 ini, seorang lelaki ditenangkan ketika dia melihat gambar sebelum perhimpunan di Arena Elgar Petersen, stadium pasukan Humboldt Broncos, untuk memberi penghormatan mangsa nahas bas yang menyebabkan kematian di Humboldt, Kanada. Seorang pemandu trak melanggar sebuah bas pasukan hoki remaja Kanada dengan separa trelernya yang mengorbankan 16 dan mencederakan 13 penumpang lain, dipenjara kelmarin selama 8 tahun. — Gambar AFP
KEADILAN DIBALAS: Dalam gambar foto yang diambil pads 8 April 2018 ini, seorang lelaki ditenangkan ketika dia melihat gambar sebelum perhimpunan di Arena Elgar Petersen, stadium pasukan Humboldt Broncos, untuk memberi penghormatan mangsa nahas bas yang menyebabkan kematian di Humboldt, Kanada. Seorang pemandu trak melanggar sebuah bas pasukan hoki remaja Kanada dengan separa trelernya yang mengorbankan 16 dan mencederakan 13 penumpang lain, dipenjara kelmarin selama 8 tahun. — Gambar AFP

OTTAWA: Seorang pemandu trak separa treler yang telah melanggar sebuah bas pasukan hoki remaja Kanada, mengorbankan 16 orang dan mencederakan 13 penumpang lagi, telah dipenjarakan selama lapan tahun, kelmarin.

Jaskirat Singh Sidhu, 30, telah mengaku bagi 29 pertuduhan bagi pemanduan berbahaya sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan anggota badan, memberitahu mahkamah pada Januari bahawa dia telah “bertanggungjawab sepenuhnya” bagi kejadian tersebut.

Hukumannya telah dikurangkan selama dua tahun berbanding tempoh yang diminta oleh pihak pendakwa raya, namun bagaimanapun merupakan yang paling berat pernah dijatuhkan di Kanada untuk satu nahas maut tanpa penglibatan dadah atau alkohol.

Rakyat India tersebut, satu-satunya orang yang terlepas dalam pertembungan tanpa sebarang kecederaan, merupakan seorang penduduk yang sah namun tidak memiliki kerakyatan bersama dan berdepan dengan penghantaran pulang ke sub benua selepas menjalani hukumannya.

“Kerajaan mengiktirafkan bahawa terdapat tiada hukuman yang boleh mengembalikan mana-mana mangsa atau keluarga mereka kepada keadaan sebelum tindakan jenayah ini berlaku,” pendakwa raya Thomas Healy menyatakan di luar mahkamah di bandar Melfort di wilayah Saskatchewan.

Beliau menyatakan keputusan bagi hukuman adalah “agak sukar,” menjelaskan bahawa terdapat tiada duluan, namun menambah bahawa lapan tahun mungkin akan memberikan mesej bahawa Kanada tidak akan bertolak ansur dengan jenayah pemanduan.

“Kita semua telah melihat ketika para pemandu mengambil risiko di atas jalan raya, seperti yang telah dilakukan di dalam kes ini, kesan adalah sangat teruk. Dan ini haruslah dihentikan,” menurut Healy.

Bapa saudara Sidhu, Chanan Singh Sidhu, yang telah datang dari London bagi perbicaraan itu, menyatakan “rasa simpati dengan ikhlas hati” dari keluarganya kepada keluarga mangsa yang terkorban dan tercedera.

Beliau berterima kasih kepada penduduk Kanada “untuk sokongan, simpati dan pemahaman” mereka semasa perbicaraan.

Bas pelancongan Humboldt Broncos sedang dalam perjalanan bagi satu perlawanan‘playoff’ di Saskatchewan pada 6 April, 2018 ketika trak Sidhu merempuh ke arahnya di persimpangan lebuh raya.

Pihak polis menyatakan kenderaan separuh treler itu, membawa timbunan moss gambut yang berat, telah melebihi had laju dan gagal untuk berhenti. Kekuatan akibat pertembungan telah memecahkan bas tersebut.

Di antara yang terkorban, 10 orang adalah pemain hoki berusia 16 hingga 21 tahun. Enam orang lagi adalah termasuk jurulatih, wartawan dan pemandu.

Rakan-rakan dan anggota keluarga telah memakai jersi pasukan Broncos ketika perbicaraan menjatuhkan hukuman bagi menunjukkan perpaduan mereka.

Mereka menyuarakan rasa kecewa dengan hukuman itu dan kelegaan kerana mereka mungkin dapat meletakkan kes itu — sekiranya bukan tragedi di belakang mereka.

“Ia telah memberikan kesan kepada semua orang,” menurut Mark Dahlgren, yang anak lelakinya, Kaleb telah tercedera dalam nahas tersebut.

“Ia adalah satu langkah lagi ke depan dalam proses...saya berharap bahawa kami akan mungkin dapat kembali kepada kehidupan normal kami untuk semua orang.”

Dahlgren memberitahu wartawan anak lelakinya “sering menyebut tentang memberikan tumpuan kepada pasukan dan berasa bangga untuk menjadi seorang pemain Bronco. Serta kami berasa bangga untuk menjadi keluarga Broncos yang telah bersatu hati.”

Russell Herold, anak lelakinya yang berusia 16 tahun Adam telah meninggal dunia, bagaimanapun, memberikan komen mengenai hukuman: “Ia adalah enam bukan untuk setiap satu nyawa. Kami mempunyai satu hukuman seumur hidup bagi penderitaan, dan gangguan mental.”

Dia telah bekerja dengan sebuah firma pemanduan trak kecil Calgary untuk memandu trak hanya tiga minggu sebelum kemalangan. — AFP

Advertisement