Anda di sini

Pemandu bas sekolah dakwa dengar suara kanak-kanak migran lemas

Advertisement

ROM: Pemandu sebuah bas sekolah yang telah membakar kenderaan sebagai bantahan untuk kematian pendatang Mediterranean mengakui kelmarin bahawa dia bertindak selepas mendengar suara-suara kanak-kanak yang lemas menggesa dia berbuat sedemikian, menurut laporan media.

Menegaskan sekali lagi bahawa dia tidak mahu untuk mencederakan sesiapa, lelaki berusia 47 tahun yang berasal dari Senegal, dilaporkan memberitahu pihak penyiasat: “Saya telah mendengar suara kanak-kanak di laut yang memberitahu saya ‘lakukan sesuatu yang menakjubkan bagi kami tanpa mencederakan kanak-kanak’.”

Pada awal kelmarin beberapa laporan lain memetik Sy sebagai menyatakan dia merancang untuk menggunakan penumpang kecilnya sebagai perisai manusia dan melarikan diri ke Afrika.

“Saya mahu berada di atas laluan di lapangan terbang Linate (Milan) menggunakan  kanak-kanak sebagai perisai manusia dan dari sana kemudian menuju ke Afrika menggunakan pesawat,” akhbar Corriere della Sera memetik Ousseynou Sy sebagai memberitahu pihak penyiasat.

Pada Rabu lepas Sy telah merampas sebuah bas ketika mengambil kanak-kanak berusia 12–13 tahun dari sebuah gim ke sekolah di Crema, di timur Milan.

Bersenjatakan dua kanister minyak petrol dan sebuah pemetik api, dia mengugut kanak-kanak tersebut, merampas telefon mereka dan memberitahu penumpang dewasa agar mengikat mereka dengan menggunakan kabel elektrik.

Pengalaman pahit mereka selama 40 minit berakhir ketika pihak polis berjaya memecahkan cermin tingkap dan mengeluarkan mereka yang berada di dalamnya pada masa Sy mula membakar kenderaan tersebut.

Dia sekarang berdepan dengan keadaan bahawa kerakyatan Italinya, yang diperolehi melalui perkahwinan pada 2004, dibatalkan.

Menurut Corriere della Sera, Sy telah memberitahu pihak penyiasat dia membenci golongan kulit putih kerana telah “menawan dan menjadikan Afrika sebagai koloni”, memaksa rakyat Afrika untuk berhijrah dan “meninggal dunia di Mediterranean”.

Alberto Nobili, ketua bagi polis pencegah keganasan Milan, menyatakan Sy telah menghantar sebuah video di dalam YouTube dengan pesanan: “Afrika, bangkitlah.”

Laporan media memetik dia sebagai menyatakan dia tidak berasa kesal langsung kerana “ia adalah  sesuatu yang saya harus lakukan dan akan lakukan lagi, 100 kali. Kenapa saya melakukannya? Untuk menghantar satu isyarat kepada Afrika.”

Dia dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa kapal penyelamat migran “Mare Jonio” pada Selasa lepas dirampas di Itali meninggalkan pulau Lampedusa di Itali bersama dengan 48 orang di dalamnya telah menjadi satu titik pencetus untuk dia.

Memetik kepada tiga pelajar di dalam bas, akhbar Messagero melaporkan Sy telah mencuba pertama kali bagi satu rampasan pada Isnin, dua hari sebelumnya.

“Dia cuba untuk mengubah laluan namun seorang guru telah campur tangan dan menyatakan ‘apa yang kamu sedang lakukan? Kekalkan pada laluan yang betul’.”

Pada hari tersebut, ketiga-tiga mereka menyatakan Sy kelihatan sangat cemas, mengeluarkan kata-kata penghinaan  terhadap seorang kanak-kanak.

Kerajaan, di bawah pengurusan timbalan perdana menteri, Luigi di Maio, dan menteri Dalam Negeri Matteo Salvini, menyatakan Rom sekarang mungkin telah membatalkan pasport Sy.

Perdebatan menjadi semakin hangat di sebuah negara di mana ketegasan anti-imigrasi yang kuat oleh Salvini adalah terkenal dengan sikap konservatif.

Pada Februari tahun lepas, Itali turut digegarkan ketika militan haluan kanan Luca Traini melepaskan tembakan ke arah 12 pendatang Afrika di pekan tengah Macerata, mencederakan enam orang. Serangan itu merupakan respons jelas terhadap pembunuhan seorang wanita muda Itali, dikatakan oleh seorang pengedar dadah Nigeria.

Brenton Tarrant, dituduh pada minggu lepas bagi pembunuhan beramai-ramai di Christchurch, New Zealand, telah menulis nama Traini pada salah satu senjatanya.

Seorang pendakwa raya antimafia Cafiero de Raho memberikan amaran kepada akhbar La Stampa masa telah tiba untuk “mengurangkan retorik, memetik tentang bahaya terhadap orang ramai yang dihasut dengan fahaman ekstremis dan kebencian perkauman. — AFP

Advertisement