Anda di sini

Pelajar kolej maut tercampak keluar kereta

Advertisement
MANGSA maut di lokasi kejadian selepas tercampak keluar dari keretanya dipercayai akibat tidak memakai tali pinggang.
MANGSA maut di lokasi kejadian selepas tercampak keluar dari keretanya dipercayai akibat tidak memakai tali pinggang.

TAWAU: Seorang pelajar kolej maut di lokasi kejadian selepas kenderaannya terbabas di Batu 13 Jalan Apas di sini kira-kira jam 2.10 petang tadi.

 Mengikut siasatan awal polis, mangsa tercampak keluar dari keretanya dan terkena sebatang tiang sebelum terjatuh ke parit, disyaki akibat tidak memakai tali pinggang.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata, mangsa, pemandu lelaki, 18, manakala, penumpang wanita, seorang guru, 28, tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa belajar di kolej sama dengan penumpangnya mengajar, di Lahad Datu,” katanya, sambil mengesahkan bahawa bedah siasat akan dijalankan pada hari sama.

Fadil berkata siasatan awal menunjukkan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang terbabas sendiri ketika dalam perjalanan dari Bandar Tawau ke Lahad Datu.

Menurutnya, kenderaan terbabit hilang kawalan secara tiba-tiba di lokasi kejadian sebelum melanggar pembahagi jalan, berpusing, terbabas dan terlanggar longkang.

“Akibat kemalangan, kenderaan terlibat mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian dan penumpang ada mengatakan pemandu tidak memakai tali pinggang.

 “Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan kes ini yang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement