Anda di sini

KRT Taman Seri Patiambun bergotong-royong kawal denggi

Advertisement
 Golongan wanita juga ringan tulang menjayakan program gotong-royong.
BERSIH KAWASAN: Golongan wanita juga ringan tulang menjayakan program gotong-royong.
 Awangku Wahab (kiri) dan penduduk Taman Seri Patiambun mengangkat sampah yang berjaya dikumpul.
BERHASIL: Awangku Wahab (kiri) dan penduduk Taman Seri Patiambun mengangkat sampah yang berjaya dikumpul.
 Awangku Wahab (empat kiri) dan peserta gotong-royong berjaya mengumpul dan mengutip sampah di kawasan perumahan.
CEGAH DENGGI: Awangku Wahab (empat kiri) dan peserta gotong-royong berjaya mengumpul dan mengutip sampah di kawasan perumahan.

KAWASAN Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Patiambun di Limbang mengadakan program gotong-royong bagi mencegah dan mengawal penyakit denggi, baru-baru ini.

Pengerusi KRT Taman Seri Patiambun Awangku Abdul Wahab Pengiran Matusin berkata, gotong-royong yang bermula seawal jam 7.30 pagi menyaksikan kerjasama penduduk membersihkan sampah sarap dan longkang yang tersumbat bagi memastikan tiada sampah dan air bertakung.

Jelasnya, banyak sampah sarap berjaya dikumpulkan sepanjang gotong-royong itu.

“Kita berasa bangga dengan kerjasama yang diberikan penduduk dan begitulah hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kebersihan.

Jelasnya, selain merapatkan hubungan kemasyarakatan program tersebut dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan kebersihan persekitaran.

“Kita melihat hubungan penduduk di taman ini tidak  berasingan apabila golongan kanak-kanak sehinggalah warga emas tanpa mengira kaum dan agama  bergabung tenaga  bergotong-royong membersihkan kawasan rumah masing-masing,” katanya.

Advertisement