Anda di sini

Kematian letupan kilang China meningkat 64, mangsa hidup ditemui selepas 40 jam

Advertisement
 Pemandangan dari udara menunjukkan bangunan yang rosak selepas letupan berlaku di sebuah kilang kimia di Yancheng dalam wilayah Jiangsu, timur China awal kelmarin. Presiden China Xi Jinping mengarahkan kerajaan tempatan kelmarin mencegah bencana industri selanjutnya selepas letupan sebuah kilang kimia mengorbankan 47 orang, mencederakan ratusan dan meranapkan sebuah taman perindustrian dalam bencana terbaru seumpamanya di negara itu. — Gambar AFP
MUSNAH: Pemandangan dari udara menunjukkan bangunan yang rosak selepas letupan berlaku di sebuah kilang kimia di Yancheng dalam wilayah Jiangsu, timur China awal kelmarin. Presiden China Xi Jinping mengarahkan kerajaan tempatan kelmarin mencegah bencana industri selanjutnya selepas letupan sebuah kilang kimia mengorbankan 47 orang, mencederakan ratusan dan meranapkan sebuah taman perindustrian dalam bencana terbaru seumpamanya di negara itu. — Gambar AFP

BEIJING: Angka kematian dalam satu kejadian letupan sebuah kilang kimia di China meningkat kepada 64 orang semalam namun anggota penyelamat telah menemui seorang mangsa masih hidup di antara lebih dari 24 orang yang masih hilang dalam runtuhan bagi kemalangan industri terburuk di negara ini sejak beberapa tahun.

Letupan pada Khamis lepas di bandar timur Yancheng telah mencederakan beratus-ratus orang dan meranapkan sebuah taman perindustrian.

Jabatan bomba tempatan mengeluarkan seorang lelaki dalam usia 40-an dari runtuhan kilang kimia yang musnah pada kira-kira awal pagi semalam, menurut satu kenyataan dalam akaun rasmi kerajaan bandar itu di dalam Weibo.

Beliau telah dibawa ke hospital untuk rawatan, menurut kenyataan, tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai keadaan atau kecederaannya.

Anggota penyelamat sedang mencari 28 orang yang masih lagi hilang, lapor pihak penyiaran negara CCTV, memetik kepada datuk bandar Yancheng, Cao Lubao.

“Identiti bagi mangsa yang meninggal dunia dan yang hilang telah disahkan melalui temu bual dengan anggota keluarga, lawatan ke rumah dan ujian DNA,” Cao memberitahu CCTV.

Letupan telah memusnahkan beberapa bangunan di taman perindustrian dan menyebabkan satu kebakaran besar yang marak sepanjang malam, ketika anggota penyelamat bergegas untuk mencari mangsa terselamat di dalam runtuhan kilang.

Lebih dari 600 orang telah menerima rawatan perubatan selepas letupan, menurut kerajaan negeri.

Di antara mereka, 34 orang dalam kecederaan kritikal serta 60 orang mengalami kecederaan serius, menurut CCTV, yang turut menyatakan 28 orang masih lagi hilang.

Beratus-ratus anggota penyelamat telah dikerahkan ke tempat kejadian, menurut pihak berkuasa tempatan, dan menyatakan kira-kira 4,000 orang telah dipindahkan dari kawasan letupan.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat punca kemalangan menyatakan satu jumlah orang yang tidak dinyatakan telah berada dalam tahanan polis kelmarin.

Fasiliti yang terlibat dalam letupan dimiliki oleh Tianjiayi Chemical, sebuah firma dengan 195 pekerja yang bertapak pada 2007 yang menghasilkan kebanyakan bahan kimia mentah termasuk anisol, sejenis bahan mudah terbakar.

Tianjiayi Chemical mempunyai satu sejarah bagi melanggar undang-undang berkaitan dengan alam sekitar, menurut rekod dalam talian dari biro alam sekitar dan ekologi di bandar Yancheng.

Pada 2015 dan 2017, firma tersebut telah didenda kerana melanggar peraturan bagi pengurusan sisa pepejal dan cecair. — AFP

Advertisement