Anda di sini

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka DUN Jepak, 9-21 April

Advertisement
MOHD ZAIFULFADILLAH
MOHD ZAIFULFADILLAH

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BiFA) dan Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada 9 hingga 21 April depan.

Kejohanan anjuran bersama Kelab Bola Sepak Bubar Jepak dan Pemuda PBB Jepak itu berlangsng di Padang Bola Sepak Lot Pembesaran Kampung Jepak Bintulu.

Presiden BiFA, Mohd Zaifulfadillah Junaidi berkata pasukan berminat turut serta perlu mendaftar dengan segera kerana pendaftaran hanya terhad kepada 20 pasukan sahaja.

“Yuran penyertaan bagi setiap pasukan berjumlah RM300 dan tarikh akhir menghantar penyertaan pada atau sebelum 17 April depan, jam 12 tengah hari.

“Kita mengalu-alukan mana-mana pasukan berminat mendaftar dengan segera,” katanya semalam.

Juara bakal menggondol wang tunai sejumlah RM1,100, piala dan medal manakala naib juara menerima RM700 dan dua pasukan menduduki tempat ketiga bersama meraih RM350.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Awang Abu Suhardi Awang Suut (014-9565760), Syamsuri Narawi (012-8558853), Mohd Amizan Nordin (010-9754450) dan Mohd Arif (016-8005408).

Advertisement