Anda di sini

Kawasan seluas 23 ekar terbakar di Kampung Lubuk Piasau

Advertisement
 Kawasan hutan di Kampung Lubuk Piasau yang terbakar petang kelmarin.
TERBAKAR: Kawasan hutan di Kampung Lubuk Piasau yang terbakar petang kelmarin.

LIMBANG: Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran  kawasan seluas 23 ekar yang terbakar di Kampung Lubuk Piasau, petang kelmarin.

Menurut kenyataan dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kebakaran berlaku sekitar jam 3.38 petang.

Beliau berkata, tindakan operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka di kawasan terbakar.

“Anggota operasi turut mengalami kesukaran mendapat sumber air dan langkah membuat parit dilakukan bagi menyalurkan air ke kolam.

“Tindakan merintis turut dilakukan di kawasan tersebut bagi mengelakkan api merebak,” katanya.

Seramai tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Mohd Ali Mohd Salleh bergegas ke lokasi.

Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Kabima dan PBS Lima Gabungan turut membantu operasi pemadaman.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Limbang Tawang Lingem juga berada di lokasi.

Advertisement