Anda di sini

Airel rangkul emas taekwondo remaja kebangsaan di Perak

Advertisement
AIREL (kiri) rangkul emas di Kampar Perak.
AIREL (kiri) rangkul emas di Kampar Perak.

PERAK: Airel Huzairy Hashim sekali lagi merangkul pingat emas dalam kejohanan Taekwondo The Sportexcel-NSC-Milo-TM National Junior and Senior di Dewan Tun Dr Ling Liong Sik di Utara Kampar, Perak hari ini.

Ia adalah kejohanan pertama peringat kebangsaan yang disertai oleh Airel yang mewakili Kelab Taekwondo Borneo Tigers Sabah.

Atlet taekwondo di peringkat junior dan senior dari seluruh negara menyertai kejohanan itu yang dirasmikan Exco Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak Howard Lee Chuan How.

Sebelum ini, Airel adalah penyandang pingat emas Kejohanan Remaja Kebangsaan 2018 di Johor dan pingat emas Kejohanan Antara Kelab-Kelab Taekwondo Malaysia 2018 di Pulau Pinang.

Dia yang bertanding dalam kategori 15 hingga 17 tahun sering muncul juara dalam kejohanan-kejohanan remaja peringkat kebangsaan dan pernah mewakili negara di peringkat Asean.

Advertisement