Anda di sini

Abdul Latip juara pertandingan lagu asli, Kumpulan Gerini Tari ungguli tarian

Advertisement
 Para pemenang bergambar bersama hadiah kemenangan dengan tetamu.
ANGKAT SENI LAMA: Para pemenang bergambar bersama hadiah kemenangan dengan tetamu.
 Kumpulan tarian yang memenangi tempat kedua bergambar bersama hadiah kemenangan.
SERLAHKAN SENI: Kumpulan tarian yang memenangi tempat kedua bergambar bersama hadiah kemenangan.
 Sebahagian daripada peserta tarian yang menyertai pertandingan.
BERBAKAT: Sebahagian daripada peserta tarian yang menyertai pertandingan.

PERTANDINGAN Tarian dan Lagu Melayu Asli Peringkat Bahagian Limbang berlangsung penuh warna-warni baru-baru ini.

Pertandingan itu dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan Kesenian, Kebudayaan Belia dan Sukan di bawah Majlis Seni Sarawak Bahagian Limbang.

Pada pertandingan itu Abdul Latip Ahmad muncul johan lagu asli kategori lelaki dan Nernoni Mohd Sahari johan kategori wanita.

Masing-masing membawa pulang habuan berupa wang tunai sebanyak RM1,000 berserta sijil dan piala.

Manakala Kumpulan Gerini Tari memenangi pertandingan tarian kreatif etnik dengan membawa pulang RM2,000 berserta sijil dan piala.

  • oleh
  • Advertisement