Anda di sini

Tiga Kelab Lions-Leo santuni kanak-kanak istimewa Agape

Advertisement
 Ahli-ahli Kelab Lions Sibu Berjaya, Kelab Lions Sibu Sungai Merah dan Kelab Leo Methodist Pilley Institute menghulurkan sumbangan kepada wakil Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu di Pusat Agape Sibu.
PROJEK AMAL: Ahli-ahli Kelab Lions Sibu Berjaya, Kelab Lions Sibu Sungai Merah dan Kelab Leo Methodist Pilley Institute menghulurkan sumbangan kepada wakil Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu di Pusat Agape Sibu.

KELAB Lions Sibu Berjaya, Kelab Lions Sibu Sungai Merah dan Kelab Leo Methodist Pilley Institute menghulurkan sumbangan kepada Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu di Pusat Agape Sibu, baru-baru ini.

Sumbangan tersebut merupakan program tahunan Kelab Lions untuk membantu kanak-kanak istimewa di Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu untuk menjalankan aktiviti di pusat.

Pusat Agape Sibu memulakan operasinya pada 1 April, 2006 kini mempunyai kira-kira 6,000 kanak-kanak dan dewasa istimewa berdaftar menempatkan enam persatuan persendirian yang menyediakan pelbagai perkhidmatan.

Antara persatuan di Pusat Agape Sibu ialah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Sibu, Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu, Klinik Memorial Kanak-Kanak Lau King Howe, Methodist Care Centre, Persatuan Autistik Sibu dan Olimpik Khas Sarawak Cawangan Sibu.

Advertisement