Anda di sini

Pesta buku Popular di CityONE Megamall sehingga 31 Mac ini

Advertisement
Kelihatan kanak-kanak sedang bermain di ruangan khas yang disediakan pihak Popular

KUCHING: Popular Book Co (M) Sd Bhd bakal menganjurkan Popular Mega Bookfair buat kali ke-5 di ruang pameran CityONE Megamall di sini bermula 22 hingga 31 Mac, bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. 

Pesta buku itu bukan sahaja menawarkan banyak pilihan buku dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina, malah pelbagai alat tulis dan permainan kanak-kanak dalam kawasan pameran berukuran 14,900 kaki persegi itu.

Kesemuanya dijual pada harga yang amat menarik dan sudah tentu ahli Popular akan menikmati lebih lagi penjimatan.

Popular turut berkongsi kegembiraan dengan penghuni The Salvation Army  Children's Home dan Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah.

Katanya ia merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Popular untuk membawa penghuni kedua-dua pusat berkenaan bersama pihak media untuk melawat seluruh tapak pameran jualan.

Penghuni dua-dua pusat berkenaan turut menerima hadiah istimewa berupa baucar hadiah yang ditaja Office Pen N Paper, sementara pihak My Craft Studio menganjurkan bengkel khas buat mereka.

Hadir sama, Pengurus Peruncitan Popular Malaysia Dennis Teng Yiun Kai.

Keahlian Popular juga boleh diperbaharui pada pameran itu dan pihaknya turut menyediakan tawaran pembelian dengan pembelian (PWP) dengan pilihan lebih daripada 120 dengan harga serendah RM5 sepanjang pameran jualan tersebut.

Popular turut menjalankan aktiviti bagi pengunjung dan kanak-kanak sepanjang tempoh pameran jualan seperti pertandingan mewarna Awesome & More Children, 'Little Eco Warriors Recruitment' dan bengkel 'Discover It Yourself (DIY).

Orang ramai boleh melayari www.popular.com.my untuk mengetahui lanjut.
 

  • oleh
  • Advertisement