Anda di sini

Pasar raya besar Everwin yang pertama dibuka di Swan Square

Advertisement
 Moh (lima kiri) bersama-sama tetamu lain semasa upacara pembukaan Everwin Hypermarket, semalam.
CAWANGAN BAHARU: Moh (lima kiri) bersama-sama tetamu lain semasa upacara pembukaan Everwin Hypermarket, semalam.

SIBU: Everwin terus melangkah ke hadapan apabila cawangan keenamnya di Sibu kini telah dibuka untuk kunjungan orang ramai.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Everwin Moh Yong Ming, cawangan yang beroperasi di Swan Square, Jalan Ling Kai Cheng di sini adalah cawangan ke-20 di seluruh Sarawak.

“Everwin Hypermarket ini merupakan pasar raya besar pertama bagi Everwin di Sarawak.

“Waktu perniagaan kami dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam,” katanya ketika ditemui selepas majlis pembukaan semalam.

Justeru Moh berkata, mereka mengadakan jualan pembukaan selama tiga hari dari 22 hingga 24 Mac.

“Dalam tempoh tiga hari jualan pembukaan ini, masa perniagaan kami akan bermula dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

“Semua pelanggan yang dihargai terutama mereka yang mempunyai kad keahlian, sebaiknya jangan melepaskan peluang ini,” katanya.

Sementara itu katanya, enam cawangan Everwin di Sibu ialah di Sibu Jaya, Pasar Sibu, Terminal Bas Pelawan, Sg. Merah, Wisma Sanyan dan Everwin Hypermarket.

“Di seluruh Sarawak, kami mempunyai cawangan di Sarikei, Kuching, Miri, Bintulu, Batu Niah, Selangau, Mukah dan Sibu,” katanya.

Moh berkata, mereka merancang membuka cawangan Everwin ke-21 di Bau dan cawangan Everwin ke-22 di Batu 11, Kuching tidak lama lagi.

“Oleh itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang dihargai atas sokongan mereka kepada Everwin,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement