Anda di sini

Letupan di kilang kimia China ragut 44 nyawa

Advertisement
 Anggota bomba berusaha untuk memadamkan kebakaran ekoran letupan di kilang racun serangga milik Tianjiayi Chemical di Yancheng, wilayah Jiangsu, timur China pada Khamis. — Gambar Reuters
MARAK: Anggota bomba berusaha untuk memadamkan kebakaran ekoran letupan di kilang racun serangga milik Tianjiayi Chemical di Yancheng, wilayah Jiangsu, timur China pada Khamis. — Gambar Reuters

NANJING: Jumlah kematian dalam insiden letupan di sebuah kilang kimia di pusat perindustrian di Yancheng, wilayah Jiangsu timur China meningkat 44 orang dengan 90 lagi parah.

Sejumlah 640 orang me-nerima rawatan di hospital dengan 32 mangsa kritikal dan 58 yang lain mengalami kecederaan serius, lapor agensi berita Xinhua, me-metik ibu pejabat penyelamat pada Jumaat.

Letupan berlaku kira-kira jam 2.48 petang pada Khamis itu berpunca daripada kebakaran  di sebuah kilang kimia yang terletak di taman perindustrian terbabit.

Kementerian Pengurusan Kecemasan telah meng-hantar sepasukan pakar ke lokasi kejadian bagi mem-bantu kerja-kerja menye-lamat. — Bernama

Advertisement