Anda di sini

400 kanak-kanak Tenby International School ikuti program keselamatan kebakaran

Advertisement
 Pegawai bomba menyampaikan ceramah dan melakukan demonstrasi memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.
JELAS: Pegawai bomba menyampaikan ceramah dan melakukan demonstrasi memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.
 Pelajar Tenby berpeluang mencuba memadam api sambil dibantu anggota bomba.
CUBA: Pelajar Tenby berpeluang mencuba memadam api sambil dibantu anggota bomba.
__alt__
 Ibu bapa turut mengambil bahagian dalam memdamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.
TURUT SERTA: Ibu bapa turut mengambil bahagian dalam memdamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api.
 Kanak-kanak berasa sangat teruja dan gembira dapat mencuba baju 3K.
TERUJA: Kanak-kanak berasa sangat teruja dan gembira dapat mencuba baju 3K.

SERAMAI 400 kanak-kanak lelaki dan perempuan terlibat dalam Program 3K iaitu program keselamatan kebakaran sempena Hari Keluarga Tenby International School di Miri, baru-baru ini.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng diketuai oleh PBK II Luang Ganggang beserta tiga pegawai bomba, Hana Razali, Dimas Laing Anyi dan Mikeson Mitter telah membantu menjayakan program berkenaan, bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga guru-guru dan ibu bapa mereka.

Selain ceramah, kanak-kanak dan keluarga dari sekolah antarabangsa swasta itu juga telah diberikan peluang untuk melawat dan menaiki jentera bomba serta mencuba menggunakan salur bantu mula, di samping memakai baju kelab 3K.

Turut diadakan ialah tatacara dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api khusus untuk guru-guru dan ibu bapa.

Sementara itu, Luang turut berterima kasih kepada pihak Tenby International School kerana menitikberatkan keselamatan kebakaran di sekolah dan keluarga secara tidak langsung.

Advertisement