Anda di sini

Sebutan semula kes bunuh, penggal dan bakar 18 April

Advertisement
 Bandang diiringi polis di pekarangan Mahkamah Kuching semalam.
DIADILI: Bandang diiringi polis di pekarangan Mahkamah Kuching semalam.

KUCHING: Mahkamah Tinggi Kuching, di sini semalam menetapkan 18 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes bunuh, penggal dan bakar di daerah Saratok, pada 25 Julai 2018.

Pertuduhan terhadap Bandang Langu, 59, dari Bratong Baru, Roban dibacakan di hadapan Hakim Supang Lian.

Tiada pengakuan dicatatkan.

Dia memohon untuk diwakili peguam pada perbicaraan seterusnya.

Sabit kesalahan, tertuduh bakal berhadapan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Musli Abdul Hamid.

Menurut fakta kes, dia disyaki membunuh Gelingi Ngaing, 76, di Bilik No.5, Rumah Lumpoh, kira-kira jam 2 petang menggunakan sebilah parang yang berukuran lebih kurang dua kaki.

Tertuduh kemudian keluar dari tempat kejadian dan ditemui berdiri di sebelah motosikal yang sedang terbakar di simpang jalan masuk ke rumah panjang tersebut.

Tertuduh kemudiannya telah menyerah diri kepada polis setelah dipujuk.

Advertisement