Anda di sini

Kelab Jaresda lawat pelbagai kementerian di Brunei

Advertisement
 Kelab Jaresda Limbang tidak melepaskan peluang merakam kenangan di sebuah masjid di bandar Brunei.
INDAH: Kelab Jaresda Limbang tidak melepaskan peluang merakam kenangan di sebuah masjid di bandar Brunei.

KELAB Kakitangan Pejabat Residen dan Daerah Limbang (Kelab Jaresda) mengadakan lawatan muhibah sambil belajar ke pelbagai kementerian di Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini.

Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said yang juga ketua rombongan berkata, lawatan itu bertujuan untuk menjalin kolaboratif hubungan yang lebih mantap dan jitu antara kedua-dua daerah dan negara berjiran.

“Lawatan ini juga satu wadah untuk berkongsi maklumat tentang organisasi, pentadbiran, pembangunan, budaya, pelancongan dan sebagainya.  

“Kita optimis kakitangan Pejabat Daerah dan Residen untuk mendapatkan input, berkongsi pengalaman serta maklumat yang berguna demi penambahbaikan sistem pentadbiran, urus tadbir agar boleh diadaptasi dalam pentadbiran masing-masing,” katanya lagi.

 Kelab Jaresda bergambar bersama salah seorang penduduk di Brunei.
SERUMPUN: Kelab Jaresda bergambar bersama salah seorang penduduk di Brunei.
 Superi sempat mencuba menganyam topi daripada bahan tempatan.
KRAF TANGAN: Superi sempat mencuba menganyam topi daripada bahan tempatan.

Pada masa sama katanya, melalui lawatan itu mereka dapat bertukar-tukar maklumat, idea dan buah fikiran berkenaan pentadbiran, pembangunan, pelancongan, sosial, budaya dan melawat tempat menarik di Negara Brunei Darussalam.  

“Lebih penting lawatan ini dapat mengukuhkan silaturahim dan menjalin integrasi melalui sukan dan riadah dalam kalangan warga kerja,” katanya lagi.

  • oleh
  • Advertisement