Anda di sini

AIFFA 2019 kembali dengan edisi ke-4 di Kuching, 25-27 April ini

Advertisement
 

LEBIH 120 filem cereka sudah diterima untuk Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN  (AIFFA) 2019 dari seluruh rantau ini, dengan penyertaan daripada kesemua 10 buah negara. Tiga belas penyertaan filem Indonesia sudah dikemukakan untuk bertanding bagi anugerah berprestij AIFFA 2019.

AIFFA, sebuah festival filem yang menghimpunkan 10 buah negara menerusi bahasa filem yang memberi peluang kepada negara-negara Asia Tenggara untuk melihat cerita satu sama lain, dan lebih penting lagi, persamaan di antara negara-negara ini.

Edisi ke-4 bagi festival filem dwitahunan ini akan diadakan dari 25-27 April 2019 di Kuching, Sarawak.

AIFFA telah menjadi platform untuk menghimpunkan idea-idea filem dan komuniti perniagaan kerana terdapat pasaran yang begitu berpotensi besar dengan 600 juta penduduk dalam ASEAN.

AIFFA masih sebuah festival yang muda, dan akan diadakan hanya buat kali keempat sahaja pada tahun ini, tetapi semangat pembuat filem ASEAN untuk hadir dan mempromosikan perniagaan mereka dengan menyertai bengkel filem dan membina jaringan dengan pemain industri antarabangsa adalah hebat sekali.

 Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu lain semasa AIFFA  KL Reception Networking yang diadakan di Kuala Lumpur.
AIFFA EDISI EMPAT: Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu lain semasa AIFFA KL Reception Networking yang diadakan di Kuala Lumpur.

Pengarah festival, Livan Tajang, berkata selain menganjurkan festival ASEAN terbaik, lebih penting lagi adalah kesedaran tentang nilai intrinsik yang dibawa oleh AIFFA untuk ASEAN, iaitu peluang penjenamaan yang amat besar untuk mem-promosikan filem menerusi kehadiran selebriti antarabangsa, yang menarik perhatian kepada festival itu menerusi media sosial dan dilihat oleh jutaan pengikut mereka.

Festival filem ini kini sudah menjadi popular di kalangan pembuat filem dan lebih seratus buah filem di seluruh ASEAN sudah diterima untuk pertandingan bagi anugerah AIFFA.

Tarikh 25 April akan menyaksikan ketibaan 400 wakil delegasi dan media antarabangsa ke Kuching dan ‘Movies Under the Stars’, dan majlis sambutan akan diadakan di Kuching Waterfront Extension, kata Livan.

Selain pengumuman mengenai filem-filem yang dicalonkan, beberapa persembahan akan diadakan dan tayangan perdana bagi sebuah filem. Acara ini terbuka kepada orang ramai.

“Old Courthouse akan menjadi pusat aktiviti selama tiga hari kerana tayangan filem, sebuah galeri jualan dan pameran,  ceramah filem dan AIFFA BIZ WORLD akan diadakan di sini,” kata Livan.

Orang ramai juga dijemput untuk hadir dan menonton filem-filem ASEAN yang dicalonkan, selain berjumpa dengan barisan pelakon dan kru, yang berguna untuk pelajar filem atau multimedia dan mereka yang berminat dalam bidang lakonan, katanya.

“Acara besar akan berlangsung pada malam 27 April iaitu Malam Gala. Ini sentiasa satu tarikan yang besar, kerana filem terbaik di antara filem-filem terbaik dalam ASEAN akan menerima anugerah. Acara ini akan diadakan di Hotel Pullman,” kata Livan.

Beliau turut mengumumkan penciptaan AIFFA Apps pada tahun ini untuk penggemar filem ASEAN dan penduduk tempatan yang mahu mengikuti perkembangan acara-acara tersebut, filem-filem yang ikut serta, dan masa tayangan filem.

“Tema kami pada tahun ini ialah ‘AIFFA convergence @ digital Sarawak’. Kita ada satu aplikasi, AIFFA Apps, yang dapat dimuat turun ke dalam telefon pintar anda. Ia adalah penting untuk kita memainkan peranan kita bagi memenuhi aspirasi kerajaan negeri untuk mempromosikan digital Sarawak dan ini adalah sumbangan kita,” kata Livan.

Beliau kemudian mengumumkan Juri AIFFA 2019 yang terdiri daripada empat anggota dari ASEAN dan seorang anggota antarabangsa.

Ketua juri adalah pengarah filem yang popular U Wei Shaari yang sudah memegang jawatan ini sejak 2013.

Empat anggota lain adalah:

Anggota Juri Antarabangsa Alain Jalladeau, Pengarah Festival - Festival Tiga Benua (Perancis: Festival des 3 Continents), sebuah festival filem tahunan yang diadakan sejak 1979 di Nantes, Perancis, dan telah mengabdikan diri kepada dunia perfileman di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Amable ‘Tikoy’ Aguiluz, seorang pengarah filem, penerbit, penulis lakon layar dan pakar sinematografi yang memenangi anugerah dari Filipina. Dia juga mengasaskan Festival Filem Antarabangsa Cinemanila di Manila pada 1999.Mattie Do merupakan seorang pengarah filem dari Laos. Dia adalah pengarah wanita pertama bagi sebuah filem cereka Laos.

Filem sulungnya sebagai pengarah ‘Chanthaly’ merupakan filem seram pertama yang ditulis dan diarahkan sepenuhnya di Laos, selain filem pertama yang ditayangkan di festival filem besar di luar Asia Tenggara seperti 2013 Fantastic Fest.

Daniel Rudi Haryanto adalah seorang pengarah dari Indonesia. Dia merupakan lulusan Filem dan Televisyen di Institut Kesenian Jakarta.

Dokumentari videonya ‘Prison and Paradise’ memenangi Anugerah ‘Director Guild of Japan’ di Festival Filem Dokumentari Yamagata pada 2011.

Advertisement