Anda di sini

Rogol pelajar: Lelaki tempatan kena 13 tahun, dua sebat

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dikenakan penjara 13 tahun dan dua sebatan, atas kesalahan merogol seorang pelajar yang berusia 13 tahun lima bulan. 

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohamad Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Muslimin Lamusa, 30, selepas mengaku salah. 

Noor Hafizah menyatakan kesalahan yang dilakukan tertuduh serius dan beliau juga mengambil kira umur mangsa. 

"Kes seperti ni sering berlaku. Setiap hari dilaporkan didalam akhbar dan didaftarkan di mahkamah, " katanya. 

Tegasnya alasan tertuduh tidak mengetahui umur mangsa tidak boleh diterima dan sebagai seorang yang beragama Islam, tertuduh seharusnya tahu mengenai persetubuhan seperti itu adalah haram. 

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dihukum mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama, pemenjaraan selama tempoh 20 tahun dan sebat. 

Tertuduh merogol mangsa pada 2 September tahun lalu antara jam 5 hingga 6 pagi di sebuah rumah kedai sewa di Tuaran. 

Berdasarkan fakta kes, pada 4 September tahun lalu pengadu membuat laporan polis bahawa dirogol tertuduh. 

Hasil siasatan mendapati, pengadu bersama empat rakannya lari daripada asrama pada 2 September. 

Selepas itu mereka berjumpa dengan seorang lelaki bernama Bobby dan menemankan mereka ke pekan, lalu dibawa ke sebuah pub untuk karaoke dan minum. 

Pengadu berjumpa dengan tertuduh di dalam pub berkenaan, kira-kira jam 5 pagi pengadu dibawa tertuduh ke sebuah bilik sewa atas kedai. 

Kemudian pengadu dirogol tertuduh dalam separa sedar kerana dalam keadaan mabuk. 

Setelah laporan polis dibuat, pengadu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan mendapati terdapat koyakan baharu pada hymennya. 

Semasa rayuan peguam Goldam Hamid memohon mahkamah mempertimbangkan pengakuan salah tertuduh yang menjimatkan kos dan masa mahkamah. 

Beliau juga meminta fakta kes dipertimbangkan yang mana pengadu bersama rakan-rakannya lari dari asrama pada mulanya. 

"Kejadian ini tiada unsur paksaan, pengadu dengan rela mengikuti tertuduh ke tempat terbabit," katanya dan menambah, tertuduh tidak mengetahui umur mangsa, kerana mereka bertemu kali pertama. 

Namun Timbalan Pendakwaraya Nur Faezah Jafry menegaskan hukuman berat harus dikenakan kerana melibatkan kesalahan yang serius. 

Tambahnya dalam kes ini, mangsa seorang yang masih dibawah umur. 

  • oleh
  • Advertisement