Anda di sini

Lelaki ditahan disyaki edar dadah 

Advertisement
Dadah jenis kanabis yang dirampas daripada suspek.
Dadah jenis kanabis yang dirampas daripada suspek.

MIRI: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap polis di Jalan Sim Ching Kay di sini kira-kira jam 5.30 petang pada Rabu setelah disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah dadah jenis ganja dengan berat kasar 50.68 gram dan dianggarkan bernilai RM750 turut dirampas daripada suspek. 

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menjumpai satu peket plastik warna merah yang mengandungi lima paket plastik lutsinar yang mengandungi dadah jenis kanabis di dalam poket baju yang dipakai oleh suspek.

"Suspek kemudian menjalani ujian saringan awal polis dan didapati postitif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC)," katanya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. 
 

  • oleh
  • Advertisement