Anda di sini

POPULAR anjur Pesta Buku Mega di Pusat Pameran CityONE pada 22-31 Mac

Advertisement
 Pelbagai buku ditawarkan semasa Pesta Buku Mega POPULAR yang akan diadakan di Pusat Pameran CityONE di Kuching mulai 22 hingga 31 Mac 2019.
TAMBAH ILMU: Pelbagai buku ditawarkan semasa Pesta Buku Mega POPULAR yang akan diadakan di Pusat Pameran CityONE di Kuching mulai 22 hingga 31 Mac 2019.

KUCHING: Pesta Buku Mega tahunan anjuran POPULAR Malaysia kembali lagi di Pusat Pameran CityONE di sini mulai 22 hingga 31 Mac ini dengan menyediakan pelbagai tawaran hebat untuk para pengunjung.

Menurut kenyataan media, orang ramai boleh mengunjungi ekspo buku terbesar di Sarawak yang dianjurkan bagi edisi kelima ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

“Dengan ruang pameran seluas 14,900 kaki persegi, orang ramai boleh mendapatkan bahan bacaan bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

“Malah, ekspo ini turut menawarkan pilihan buku, alat tulis, CD, peralatan gajet dan IT serta snek enak pada harga hebat untuk orang ramai,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Kuching adalah pelabuhan terkini dalam sirkit Pesta Buku Mega anjuran POPULAR Malaysia yang meliputi negeri Pulau Pinang, Johor, Pahang, Melaka, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Antara tawaran menarik yang disediakan pada ekspo tersebut ialah permohonan dan pembaharuan Kad POPULAR di mana orang ramai disarankan untuk tidak melepaskan peluang ini.

“Dengan permohonan atau pembaharuan Kad ‘Privilege’ POPULAR tiga tahun, orang ramai berpeluang mendapatkan baucar RM5 dan satu beg lipat serba guna eksklusif POPULAR.

“Selain itu, mereka juga boleh membawa pulang satu beg (pouch) eksklusif POPULAR dengan permohonan atau pembaharuan Kad POPULAR untuk satu tahun,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, selain permohonan dan pembaharuan Kad POPULAR itu, ia turut menyediakan tawaran serta promosi istimewa khas pada Pesta Buku Mega ini seperti Beli dengan Pembelian (PWP), Istimewa Setiap Hari (Daily Specials), Ganjaran Untuk Anda dan Rebat Istimewa.

Di bawah Beli PWP dengan satu resit minimum RM60 nett, orang ramai layak membeli seunit ‘CLIPTEC POP251 Universal Travel Adapter’ dengan USB pada harga RM19.90.

“Manakala, satu resit minimum RM80 melayakkan anda untuk membeli satu kelalang vakum keluli kalis karat THERMOCafe (warna emas dan perak) pada harga RM39.90

“Tawaran ini terhad kepada satu unit setiap pelanggan dengan satu resit pada hari yang sama sementara stok masih ada,” katanya.

Untuk promosi Istimewa Setiap Hari, orang ramai boleh menikmati harga serendah RM5 bagi lebih daripada 120 produk terpilih setiap hari sepanjang tempoh Pesta Buku Mega ini.

Bagi promosi Ganjaran Untuk Anda dan Rebat istimewa, pelanggan dengan satu resit minimum RM100 akan menerima baucar POPULAR bernilai RM20 manakala pelanggan dengan satu resit minimum RM150 pula bakal menikmati baucar bernilai RM20 serta sekaki payung eksklusif POPULAR.

Turut diadakan pada eskpo kali ini ialah aktiviti Juadah Hiburan Untuk Seisi Keluarga seperti Kaligrafi Berus Moden: Rekacipta Kipas Bentuk Dayung, Peraduan Mewarna Kanak-Kanak ‘Awesome & More’, Jom, Sertai Pasukan ‘Little Eco Warriors’ Misi Anda dan Bengkel Discover-It-Yourself (DIY).

Untuk aktiviti Kaligrafi Berus Moden: Rekacipta Kipas Bentuk, mereka yang berumur 15 tahun ke atas dijemput menyertai bengkel satu jam dan peraduan dua jam ini pada 23 Mac dan ia terhad kepada 30 peserta.

“Hadiah bernilai RM20 menanti anda, dengan hadiah hebat tajaan PENTEL bernilai RM600 menanti pemenang peraduan. Daftar secara online di http://bit.ly/kcocg19,” katanya.

Peraduan Mewarna Kanak-Kanak akan berlangsung pada 24 Mac dan peraduan ini terdiri daripada Kategori A (5 – 8 tahun) dan Kategori B (9 – 12 tahun).

“Terhad kepada 30 peserta setiap kategori, menangi hadiah tajaan Faber-Castell bernilai RM3,400. Yuran pendaftaran adalah RM5 dan pendaftaran secara dalam talian boleh dilakukan di http://bit.ly/kcocc19,” ujarnya.

Bagi aktiviti Jom, Sertai Pasukan Little Eco Warriors Misi Anda, kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun adalah dijemput untuk menyertainya di mana ia berlangsung pada 25 hingga 27 Mac.

“Penyertaan terhad kepada 60 peserta setiap hari dengan 30 peserta setiap sesi. Sesi satu berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang manakala sesi dua berlangsung dari jam 3 petang hingga 5.30 petang. Pendaftaran adalah percuma dan ia bolah dilakukan secara dalam talian di http://bit.ly/kcolew19,” katanya.

Bagi Bengkel DIY, orang ramai dijemput untuk menyertai bengkel tambahan itu dengan mendaftar secara percuma di http://bit.ly/kcowk19.

“Antaranya ialah Bengkel Seni Baju-T POSCA pada 30 Mac dari jam 12 tengah hari hingga 2.45 petang, Bengkel Pita Pembetulan POSCA pada 30 Mac dari jam 3 petang hingga 3.45 petang dan 4 petang hingga 4.45 petang, Beg Mochi Mini pada 31 Mac dari jam 2 petang hingga 2.45 petang, Kraf Belon Maskot pada 31 Mac dari jam 3.00 petang hingga 3.45 petang dan ‘Super Brain’ oleh PTSCKCH  pada 31 Mac dari jam 4 petang hingga 4.45 petang,” katanya.

Menurut kenyataan lagi, objektif utama Pesta Buku Mega POPULAR ialah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga Malaysia demi melahirkan masyarakat yang berilmu.

“Jadi lawati Pesta Buku Mega POPULAR di Pusat Pameran CityONE di sini dari 22 hingga 31 Mac 2019 untuk membaca dan berhibur, sambil menimba ilmu,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.popular.com.my atau laman POPULAR Malaysia Facebook rasmi.

Advertisement