Anda di sini

Kesedaran rakyat Malaysia terhadap penyakit pergigian masih rendah

Advertisement
 Dr Dzulkefly melihat proses mencuci gigi semasa melawat pameran sempena sambutan Hari Pergigian Kesihatan Sedunia 2019 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya semalam. — Gambar Bernama
CUCI GIGI: Dr Dzulkefly melihat proses mencuci gigi semasa melawat pameran sempena sambutan Hari Pergigian Kesihatan Sedunia 2019 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Kesedaran rakyat Malaysia terhadap pe-nyakit pergigian masih rendah di mana hanya 27.4 peratus orang dewasa mendapatkan pemeriksaan pergigian dalam tempoh satu tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, kajian mendapati 42 peratus orang dewasa pula berjumpa dengan doktor gigi dalam tempoh dua tahun.

Katanya, peratusan rendah tersebut kebanyakannya di-sebabkan oleh persepsi orang ramai bahawa mereka tidak mempunyai masalah mulut iaitu merangkumi 68 peratus daripada hasil kajian.

“Mereka lihat persoalan keterampilan gigi ini lebih daripada sudut estetik. Mereka tertarik hanya kepada pemutihan serta kecantikan gigi.

“Ramai orang tidak berminat dengan nilai-nilai estetik dan akhirnya ia ditinggalkan begitu sahaja. Ini dari paradigma umum bahawa gigi dikaitkan dengan kecantikan bukan pe-nyakit seperti penyakit tidak berjangkit utama (NCD). Ini sangat mengecewakan,” katanya ketika melancarkan Sambutan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia 2019 di sini semalam.

Dzulkefly berkata, penyakit pergigian tidak boleh dilihat sebagai penyakit yang terasing dalam rongga mulut sahaja.

Katanya, terdapat banyak penyakit yang serius seperti penyakit kanser mulut dan penyakit jangkitan kuman berpunca daripada gigi yang sangat berbahaya dan memerlukan rawatan rapi di hospital.

Mengulas kenyataan Ko-ngres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bahawa 25 hingga 30 peratus penjawat awam mengalami tekanan emosi dengan sebahagiannya mempunyai kad rawatan psikiatri, Dzulkefly berkata, stigma terhadap pemegang kad ber-kenaan perlu diubah.

“Maksudnya, apabila se-seorang menjalani rawatan kemurungan, kerisauan melampau dan stres mereka tergolong dalam kategori pesakit.

“Dan perkara itu tidak perlu dijadikan stigma. Kalau ada pesakit berjumpa psikatrik, dalam kepala umum adalah mereka gila. Ini adalah sangat negatif,” katanya. Dzulkefly berkata, menangani kesihatan mental merupakan agenda utama kementerian melalui pendekatan bertanggungjawab serta berkesan dengan menggunakan fasiliti sedia ada.

“Perkara pertama perlu ditangani dalam hal ini adalah stigma. Satu dari tiga orang di negara ini menghadapi salah satu daripada penyakit kemurungan, kerisauan me-lampau dan stres,” katanya. — Bernama

Advertisement