Anda di sini

Kerajaan Mexico mohon maaf kepada keluarga dua pelajar ditembak mati askar pada 2010

Advertisement
 Saudara-mara Mercado dan Arredondo mengambil swafoto di hadapan mural yang                  menggambarkan dua pelajar tersebut di luar Universiti Tecnologico de Monterrey di Monterrey, Mexico pada Selasa. — Gambar Reuters
SWAFOTO: Saudara-mara Mercado dan Arredondo mengambil swafoto di hadapan mural yang menggambarkan dua pelajar tersebut di luar Universiti Tecnologico de Monterrey di Monterrey, Mexico pada Selasa. — Gambar Reuters

KOTA MEXICO: Kerajaan Mexico memohon maaf pada Selasa kepada keluarga dua pelajar yang ditembak mati pada 2010 oleh askar yang cuba menyembunyikan jenayah itu dengan meletakkan senjata api di sebelah dua pemuda itu.

Jorge Antonio Mercado Alonso dan Javier Francisco Arredondo Verdugo, ma-sing-masing berusia 23 dan 24, terbunuh apabila satu kejadian tembak-menembak antara tentera dengan satu geng dadah melimpah ke dalam kampus universiti mereka ketika mereka hendak meninggalkan perpustakaan pada lewat malam 19 Mac 2010.

Daripada mengakui mereka telah membunuh dua pelajar graduan dalam kejuruteraan yang tidak bersalah, pihak berkuasa menuduh mereka menjadi anggota samseng dan meletakkan senjata api di sebelah mayat mereka.

“Dalam nama kerajaan Mexico, saya menyampaikan kepada anda permohonan maaf secara terbuka di atas kehilangan nyawa anak-anak anda,” kata Menteri Dalam Negeri Olga Sanchez kepada ibu bapa kedua-dua lelaki itu di satu majlis di kota utara Monterrey, di mana kedua-dua pemuda belajar di Institut Teknologi dan Pengajian Tinggi.

Ia merupakan langkah sedemikian yang terbaharu di bawah Presiden Andres Manuel Lopez Obrador, seorang pendokong haluan kiri yang antiinstitusi dan memegang kuasa pada Di-sember lalu dengan janji untuk menamatkan gejala rasuah dan keganasan selama ini di Mexico.

Dua minggu lalu, gabenor negeri Veracruz, sekutu Lo-pez Obrador, secara terbuka memohon maaf kepada keluarga lima rakan muda yang dibunuh pada 2016 apabila polis rasuah menahan mereka dan menyerahkan mereka kepada pembunuh upahan kartel dadah.

Kerajaan persekutuan juga sudah membuka siasatan baharu ke atas satu kes yang sama, kehilangan 43 pelajar di negeri selatan Guerrero pada 2014 yang mengundang ke-caman antarabangsa.

Ia juga telah memohon maaf secara terbuka, bersama kerajaan negeri Guerrero, dan melancarkan rancangan untuk membuat penebusan kepada keluarga mangsa “perang kotor” yang dilancarkan oleh kerajaan ke atas aktivis haluan kiri pada zaman 1960-an dan 1970-an. — AFP

Advertisement