Anda di sini

Penyertaan ke dalam PPBM semakin dapat sambutan di Sabah

Advertisement
DASIM menerima borang permohonan ahli PPBM daripada Jaini yang mewakili keseluruhan Zon 5.
DASIM menerima borang permohonan ahli PPBM daripada Jaini yang mewakili keseluruhan Zon 5.

SANDAKAN: Berikutan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengembangkan sayapnya ke Sabah, permintaan rakyat untuk menyertai parti itu semakin mendapat sambutan.

Pengerusi PPBM Zon Lima, Dato' Dasim Ricky berkata terkini ialah kemasukan ahli bagi Zon 5 yang melibatkan Beluran, Sandakan, Batu Sapi, Libaran dan Kinabatangan telah menghimpunkan seramai 10,000 pemohon untuk menjadi ahli parti itu.

"Sambutan rakyat untuk menjadi ahli PPBM sejak mutakhir ini begitu menggalakkan yang mana, hari ini sahaja kita menerima sebanyak 10,000 borang permohonan menjadi ahli dari kawasan Zon 5," katanya ketika ditemui selepas menerima borang kemasukan ahli parti itu dari Zon 5, di sini, pada Selasa.

Menurut beliau sambutan itu memberi gambaran positif bahawa rakyat di negeri ini semakin menerima kehadiran PPBM untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah.

Pelancaran rasmi kemasukan PPBM ke Sabah dijangka akan diadakan pada 6 April depan yang mana, majlis pelancarannya akan disempurnakan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang turut dijangka dihadiri oleh beberapa pemimpin tertinggi parti.

Pada majlis penerimaan borang kemasukan ahli itu, lima ketua pendaftar kemasukan ahli dilantik yang terdiri Dasim sendiri bagi kawasan Kinabatangan, Jaini Atang (Beluran), Estihan Adilah (Batu Sapi), Aladin Mustamin (Sandakan) dan Abd Samad (Libaran).

Menurut Dasim, majoriti ahli yang memohon menjadi ahli PPBM adalah mereka yang belum menyertai mana-mana parti politik serta dari parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah pun meletakkan jawatan sebagai ahli parti.

"Majoriti mereka memberikan keyakinan hanya PPBM sebagai wadah perjuangan bagi menentukan masa depan negeri dan rakyat terutamanya dari aspek pembangunan, apa lagi kedudukan PPBM sebagai komponen Pakatan Harapan (PH) yang menerajui pentadbiran negara," katanya.

  • oleh
  • Advertisement