Anda di sini

Keputusan SPM pertama SMKRR lulus 100 peratus banggakan warganya

Advertisement
Omar Baki (dua kanan) menyampaikan hadiah dan sijil kepada Mohd Fazrul Hisyam, diperhatikan oleh Haji Abdul Rahman (dua kiri) dan Fauziah Idris.
Omar Baki (dua kanan) menyampaikan hadiah dan sijil kepada Mohd Fazrul Hisyam, diperhatikan oleh Haji Abdul Rahman (dua kiri) dan Fauziah Idris.

LABUAN: Tarikh 14 Mac 2019 adalah hari bersejarah bagi warga SMK Rancha-Rancha (SMKRR) iaitu majlis pengumuman keputusan SPM pertama bagi pelajar 'batch' pertama sekolah itu.

Sekolah berkenaan dibuka pada tahun 2014 dan 2018 adalah merupakan SPM pertamanya.

Seramai 26 orang calon yang menduduki peperiksaan SPM 2018 telah lulus 100 peratus.

Antara subjek yang mencatat kelulusan 100 peratus adalah Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi, Sains, Kimia, Biologi, fizik, Perniagaan, Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Islam dan Matematik.

Keputusan kali ini adalah keputusan yang agak membanggakan kepada semua warga SMK Rancha-Rancha memandangkan ia adalah SPM pertama sekolah ini.

Pengetua SMKRR Omar Baki Matusin telah mengumumkan keputusan keseluruhan di hadapan calon-calon SPM 2018 beserta ibu bapa mereka di dewan terbuka sekolah diikuti dengan acara penyampaian slip keputusan kepada setiap calon.

Untuk menghargai usaha penat lelah guru-guru dan sebagai penzahiran rasa syukur dan terima kasih beliau, pengetua juga telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada ketua-ketua panitia setiap subjek yang telah mencapai kelulusan 100 peratus.

Pada tahun ini, Panitia Pendidikan Seni menjadi panitia terbaik dalam pencapaian gred puratanya iaitu sebanyak 2.41, daripada 17 orang yang menduduki peperiksaan, dengan pencapaian seorang pelajar mendapat keputusan A+, tiga orang mendapat Gred A, empat orang mendapat A-, tiga orang mendapat B+ dan tiga orang mendapat gred B.

Sementara Bahasa Melayu adalah subjek kedua pencapaian GP terbaik iaitu sebanyak 3.23.

Omar Baki selaku pengetua pertama SMK Rancha-Rancha menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi dan rasa bangganya atas usaha keras guru-guru SMKRR bagi memastikan semua pelajar lulus 100 peratus.

Beliau berkata ia adalah hadiah terindah untuk dirinya di saat-saat akhir perkhidmatan beliau kerana 2019 merupakan tahun persaraan beliau di mana, beliau akan menamatkan perkhidmatan pada 26 April depan.

Keputusan 100 peratus itu membuktikan bahawa guru-guru SMKRR sesungguhnya berkualiti dan sangat bekerja keras demi pencapaian akademik terbaik sekolah berkenaan.

Pada majlis itu, Elly Nazirah Sufri telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik aliran Sains Kemanusiaan dan Mohd Fazrul Hisyam bagi aliran Sains Tulen.

Advertisement