Anda di sini

Dewan Rakyat kecoh Noh Omar enggan keluar

Advertisement
 Noh (kanan) ketika mengadakan sidang media selepas diperintah keluar Dewan Rakyat selama tiga hari bermula semalam. — Gambar Bernama
TETAP BERDEGIL: Noh (kanan) ketika mengadakan sidang media selepas diperintah keluar Dewan Rakyat selama tiga hari bermula semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Ahli Parlimen Tanjung Karang Tan Sri Noh Omar tidak mengendahkan arahan keluar dari persidangan dewan yang diputuskan Timbalan Yang Dipetua Dewan Rakyat Nga Kor Ming.

Timbalan Yang Dipetua Dewan Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mempengerusikan majlis mesyuarat ketika itu telah membacakan sekali lagi arahan tersebut selepas melihat Noh masih berada di dalam dewan, namun Noh bangun dan mempersoalkan hukuman tersebut.  

Nga mengarahkan Noh keluar dari persidangan dewan itu selama tiga hari bermula semalam di bawah Perkara 43 dan 44 Peraturan Mesyuarat berikutan tingkah laku Noh yang melemparkan tuduhan terhadap institusi Speaker serta mendakwanya tidak layak memegang jawatan itu pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin.

Beberapa Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional termasuk Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) mempertahan-kan tindakan Noh dengan memberi contoh kejadian yang sama berlaku apabila Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang enggan keluar apabila diarahkan pada sesi Parlimen ketika pemerintahan BN dahulu.

Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) pula bangun dengan menyebut Perkara 99 Peraturan Mesyua-rat yang mengatakan Noh perlu akur kerana keputusan speaker adalah muktamad.

Noh bagaimanapun tetap berada di dalam dewan se-hingga memaksa Mohd Rashid mengarahkan bentara menjalankan tugas membawanya keluar.

Bagaimanapun Noh masih tetap berdegil dan Mohd Rashid kemudian meminta semua ahli Parlimen supaya bertenang dan menghormati dewan dan membenarkan Noh untuk terus berada di dalam dewan sehingga tamat sesi pagi.

Keadaan itu menyebabkan beberapa ahli Parlimen PH termasuk Khoo Poay Tiong (Kota Melaka), Chang Lih Kang (Tanjong Malim) dan RSN Rayer (Jelutong) membantah sebelum timbalan speaker itu mengumumkan persidangan sesi pagi ditangguhkan.

Ketika kekecohan itu berlangsung, Dewan Rakyat menerima kunjungan Speaker Parlimen Singapura Tan Chuan Jin serta delegasinya.  

Ketika persidangan bersambung pada sesi petang, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof membuat keputusan menge-kalkan keputusan terdahulu selepas memberi peluang kepada Noh untuk mempertahankan diri.

“Saya dapati apa diungkap-kan yang berhormat adalah jelas mencabar kedudukan seorang speaker. Ini menyalahi peraturan mesyuarat. Jadi saya akan kekalkan ruling yang dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua (Dewan Rakyat). Itu final saya tidak mahu dengar apa-apa lagi.

“Ruling yang dibuat pagi tadi (semalam) mesti dijalankan kalau tidak kewibawaan majlis ini akan terus dicabar... kesempatan telah saya berikan untuk membela diri dan saya putuskan sekarang, keputusan pagi tadi (semalam) hendaklah terpakai,” katanya.  

Mohd Arif kemudian menangguhkan sesi persidangan selama 15 minit. — Bernama

Advertisement