Anda di sini

Bakar diri selepas gaduh dengan teman wanita

Advertisement
Lelaki berkenaan menerima rawatan di ICU Hospital Seri Manjung - Gambar Bernama 

LUMUT: Gara-gara bergaduh dengan teman wanita, seorang pemuda berumur 21 tahun nekad membakar diri sendiri di tempat meletak kenderaan sebuah rumah di Kampung Bintang, Sitiawan, dekat sini, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.40 malam, dan pemuda yang melecur hampir 90 peratus bahagian badannya itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seri Manjung.

"Ada beberapa saksi kejadian, dan di tempat kejadian juga ada kamera litar tertutup (CCTV). Kita turut merakam percakapan saksi serta menganalisis rakaman CCTV yang diperoleh,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini. - Bernama 

Advertisement