Anda di sini

Polis keluar 32 saman atas pelbagai kesalahan

Advertisement
SEBAHAGIAN pengguna jalan raya yang dibawa ke IPD Kota Kinabalu selepas menyalahi undang-undang jalan raya.
SEBAHAGIAN pengguna jalan raya yang dibawa ke IPD Kota Kinabalu selepas menyalahi undang-undang jalan raya.

KOTA KINABALU: Polis mengeluarkan 32 saman terhadap pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya semasa Op Mabuk dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata sekatan jalan raya yang dilaksanakan di tiga lokasi terbabit dijalankan bermula jam 11 malam sehingga 5 pagi Sabtu.

“Anggota kita menjalankan pemeriksaan awal terhadap 135 kenderaan serta 147 individu.

“Hasil pemeriksaan berjaya menyita lapan kenderaan pelbagai jenis selepas gagal menunjukkan lesen memandu.

“Sebanyak 32 saman lain turut dikeluarkan termasuk 11 keping membabitkan kegagalan brek ketiga berfungsi dan 21 lagi membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya.

Katanya lapan kenderaan disita disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement