Anda di sini

Konsert Jason Mraz ‘Good Vibes Tour’ di Malaysia, 13 Mei

Advertisement
 

PENYANYI pemenang anugerah Grammy berganda Jason Mraz akan kembali ke Malaysia pada 13 Mei depan untuk konsert jelajahnya di sini.

Konsert penyanyi dan penulis lagu dari Amerika itu, Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 13 Mei, bermula jam 8.30 malam.

Ini akan menjadi pertunjukan ketiga Mraz di Malaysia selepas konsert pertama pada tahun 2009 dan untuk siri jelajah Tour Is A Four Letter Word pada tahun 2012.

Mraz mula dikenali pada tahun 2002 dengan album sulungnya yang berjudul ‘Waiting For My Rocket To Come’ dan sejak itu telah mengumpul ramai peminat dari seluruh dunia.

 

Antara lagu hit beliau adalah ‘The Remedy’, ‘You And I Both’, ‘I’m Yours’, ‘I Will Not Give Up’, dan yang terbaru ‘Have It All’, yang diambil dari album ‘KNOW’ yang dikeluarkan pada Ogos lalu.

Dua lagu paling popular beliau iaitu ‘I’m Yours’ dan ‘I Will Not Give Up’ telah memberi kemenangan kepadanya di anugerah Grammy.

Beliau juga turut menerima ‘Songwriter Hall of Fame Hal David Award’ dan pertunjukan yang laris di Madison Square Garden di New York dan Arena 02 di London.

Jelajah terkini Mraz menyusul pengeluaran album baharu dan keenam beliau, ‘Know’ pada Ogos tahun lepas. Ia adalah album kelima Mraz yang membuat penampilan sulung dalam 10 Teratas di carta 200 Billboard.

‘Know’ diterbitkan oleh Andrew Wells dan single pertama ‘Have It All’ mencapai kedudukan No.1 dalam carta iTunes di Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Thailand.

Tiket untuk Jason Mraz Tour Vibes Good 2019 di Kuala Lumpur berharga RM198, RM298, RM398, RM498, RM598 dan RM698, dan boleh didapati di www.myticket.asia.

Advertisement