Anda di sini

Ketua Polis Negara sahkan ketua balai, dua anggota ditahan SPRM

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan seorang ketua balai polis dan dua anggota ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. 

Mohamad Fuzi berkata ketiga-tiga mereka ditahan di ibu negara kerana disyaki terlibat menerima sogokan dan melindungi premis urut.

Polis menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman turut menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu.

“Yang ditahan adalah seorang ketua balai dan dua anggota di Kuala Lumpur, tetapi saya tidak boleh cakaplah balai mana. 

“Sekiranya ada pegawai-pegawai atau anggota kita terlibat (rasuah), kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara koperasi Polis Diraja Malaysia, RESPA (Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia) dan PKIM (Persatuan Industri Keselamatan Malaysia) di Bukit Aman hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang ketua balai polis antara 16 individu ditahan SPRM kerana disyaki menerima wang sogokan bagi melindungi premis urut di 16 lokasi sekitar Lembah Klang. - Bernama 

Advertisement