Anda di sini

Almodovar bawa Cruz, Banderas imbas kenangan lalu dalam ‘Pain and Glory’

Advertisement
 Pedro Almodovar melambai  bersama barisan pelakon semasa tayangan perdana filem terkini mereka ‘Pain and Glory’ di Madrid baru-baru ini. — Gambar Reuters
TAYANGAN PERDANA: Pedro Almodovar melambai bersama barisan pelakon semasa tayangan perdana filem terkini mereka ‘Pain and Glory’ di Madrid baru-baru ini. — Gambar Reuters

PEMBUAT filem dari Sepanyol yang memenangi anugerah Oscar, Pedro Almodovar, mengadakan tayangan perdana bagi drama tinjau balik ‘Pain and Glory’ di Madrid pada Rabu lepas, yang menyatukan semula dua pelakon, Penelope Cruz dan Antonio Banderas, yang menjadi bintang Hollywood selepas mereka memulakan karier mereka dalam filem-filemnya.

Naratif autobiografi itu, di mana Banderas membawa watak personaliti kedua Almodovar yang terseksa sekarang, dan Cruz, ibunya pada waktu remajanya, melengkapkan trilogi yang termasuk ‘Law of Desire’ pada 1987 dan ‘Bad Education’ pada 2004.

Pengarah dan penulis lakon layar berusia 69 tahun itu, dengan filem-filemnya yang sering menggunakan jalan cerita tidak linear dan memaparkan watak-watak gay dan transeksual, kembali ke sirkit layar besar selepas rampang selama tiga tahun pada 22 Mac, apabila filemnya yang ke-21 dikeluarkan di Sepanyol.

Tarikh pengeluaran di Eropah dan Amerika Syarikat belum lagi disahkan, kata syarikat penerbitan El Deseo milik Almodovar kepada Reuters.

“Ia melegakan, tetapi ia adalah perkara yang berbahaya untuk bermain dengan kehidupan kita sendiri dan mengubahnya menjadi fiksyen,” kata Almodovar tentang membuat filem itu ketika dia berdiri di permaidani merah sebelum tayangan filem tersebut.

Banderas, 58, dan Cruz, 44, dahulu berlakon bersama dalam komedi aneh Almodovar pada 2013 ‘I’m So Excited’, yang menerima reviu yang bercampur-campur atau biasa.

Filem ‘Pain and Glory’ yang memilukan memberi tumpuan kepada pelbagai peringkat kehidupan seorang pengarah filem, hubungan dengan ibunya, percintaan, dan keresahan emosi kerana tidak tahu sama ada dia dapat terus mengarah filem ataupun tidak.

“Semua aktres yang saya jumpa di Hollywood bertanya kepada saya bagaimana rasanya untuk bekerja sama dengan Pedro dan apa yang mereka perlu buat untuk bekerja dengannya, dan saya selalu memberitahu mereka perkara yang sama: belajar bahasa Sepanyol,” kata Cruz, yang pada 2006 menjadi aktres pertama dari Sepanyol yang dicalonkan untuk anugerah Oscar dalam kategori Aktres Terbaik bagi wataknya dalam drama Almodovar pada 2006 ‘Volver’.

Tiga tahun kemudian, dia memenangi Oscar bagi Aktres Pembantu Terbaik bagi lakonannya dalam filem ‘Vicky Cristina Barcelona’ pada 2008.

Dalam filem baharu itu, Cruz juga menyanyikan sebuah lagu Lola Flores bersama pemenang anugerah Grammy dari Sepanyol, Rosalia, yang terkenal kerana menggabungkan flamenco tradisional dengan muzik perbandaran.

“Saya boleh memberitahu anda bahawa ia sangat emosional, ia sudah hampir 40 tahun kami sudah membuat filem bersama,” kata Banderas, di mana ‘Pain and Glory’ adalah kolaborasinya yang kelapan bersama pembuat filem itu.

Almodovar, yang mengetuai juri Festival Filem Cannes pada 2017, sudah memenangi dua anugerah Oscar – dengan ‘All About My Mother’ yang dinobatkan sebagai filem bahasa asing terbaik pada 2000, dan bagi lakon layar asal terbaik dengan ‘Talk to Her’ pada 2003. — Reuters

Advertisement