Anda di sini

Kerajaan Sarawak gugurkan istilah negeri

Advertisement
 

KUCHING: Perkataan 'negeri' akan digugurkan bagi merujuk kerajaan negeri ini kepada Kerajaan Sarawak dalam semua urusan rasmi kerajaan. 

Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) keputusan tersebut dibuat susulan pindaan yang akan dibuat ke atas Perkara 1(2) Perlembagaan Malaysia. 

Bagaimanapun menurutnya, pengguguran perkataan itu tidak bermakna Sarawak bukan lagi sebuah negeri dalam Malaysia. 

"Niat kita cuma untuk membezakan Sarawak dengan negeri-negeri lain yang ada dalam Malaysia tetapi bukan penandatangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"MA63 ditandatangani oleh tiga wilayah Malaya, Sabah dan Sarawak. Jadi kita tidak boleh disama tarafkan dengan negeri-negeri yang lain," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Larian Belia Sarawak 2019 di Le'Park Dewan Suarah di sini hari ini. 

Dalam pada itu menurut Abdul Karim, keputusan untuk menggugurkan perkataan ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada satu taklimat di Betong tiga atau empat hari yang lepas. 

Bagaimanapun pengguguran perkataan ini tidak memerlukan pengumuman besar oleh Kerajaan Sarawak kerana ia hanya melibatkan urusan dalaman kerajaan. 

  • oleh
  • Advertisement