Anda di sini

Lazada ‘livestream’ konsert Dua Lipa sempena ulang tahun ke-7

Advertisement
 

PENERAJU e-dagang di Asia Tenggara, Lazada, baru-baru  ini mengumumkan barisan bintang untuk konsert muziknya yang julung kali ‘Super Party’ yang akan distrim secara langsung (livestream) dalam aplikasinya secara serentak di kesemua enam pasaran di rantau ini, sebagai sebahagian daripada perayaan harijadi e-peruncit itu yang ke-7.

Penghibur utama konsert ‘Lazada Super Party’ adalah pemenang Anugerah Grammy dan Anugerah Brit yang juga bintang pop British, Dua Lipa, yang popular dengan lagu-lagunya yang menduduki tempat teratas carta seperti ‘New Rules’, ‘IDGAF’ dan ‘One Kiss’.

Bintang berusia 23 tahun itu merupakan artis muzik wanita paling muda pernah mencecah satu bilion tontonan dalam platform video berkenaan.

Turut berkongsi pentas adalah bintang paling menyinar di Asia Tenggara, termasuk penyanyi pelbagai platinum dan aktres yang disanjung ramai dari Indonesia, Agnez Mo; dua penghibur paling hangat di Filipina, Nadine Lustre dan Sam Concepcion; dan pemenang ‘The Remix Contest 2015’ merangkap jurulatih dalam ‘The Voice Vietnam 2017’, Dong Nhi.

Konsert berkenaan, yang terbuka kepada peminat dan tetamu jemputan Lazada, akan berlangsung di Jakarta, Indonesia, pada 26 Mac, 8.00 malam (waktu Jakarta) di Pusat Pameran dan Konvensyen Indonesia.

Pengguna di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam juga dapat menonton semua aksi, yang akan distrim secara langsung menerusi aplikasi Lazada mereka.

Menerusi pengalaman konsert yang pertama seumpamanya ini di seluruh Asia Tenggara, Lazada menggabungkan kegiatan membeli-belah dengan hiburan, untuk memulakan era baharu ‘shoppertainment’.

Sementara melayari aplikasi, pembeli-belah dapat menonton strim secara langsung dan dihiburkan.

“Kita mahu lebih jauh daripada membeli-belah dan menawarkan kepada pengguna dan peminat kami, menerusi keupayaan striming secara langsung aplikasi dalaman kami, momen-momen untuk dihargai dan diingati. Mana ada cara lain yang lebih baik untuk meraikan Harijadi Ke-7 kami daripada bersama peminat kami, Dua Lipa, dan artis-artis paling berbakat di rantau ini yang akan bersukaria bersama di konsert itu dan menerusi aplikasi kami?” kata Mary Zhou selaku Ketua Pegawai Pemasaran di Lazada Group.

Beliau menambah: “Kami selama ini memberi fokus kepada usaha untuk memperkenalkan pengalaman baharu bagi pengguna kami. Disokong oleh prasarana dan kepakaran teknologi Alibaba, kami amat teruja sekali untuk menggabungkan bakat dan prasarana teknologi kami yang lebih tinggi untuk mengubah cara kami dan penjual berinteraksi dengan pengguna menerusi aplikasi Lazada pada skala yang luar biasa.”

Juga sebahagian daripada barisan bintang adalah pemenang Anugerah Juara Lagu 2019 di Malaysia sendiri, Hael Husaini, dan artis yang sedang meningkat naik, Ismail Izzani; aktres dan model Indonesia-Australia, Pia Wurtzbach; pelawak dan pengacara televisyen dari Vietnam, Tran Thanh; dan hos selebriti Allan Wu.

Turut tidak boleh dilepaskan adalah kumpulan pop dan penyanyi rap di Asia Tenggara seperti Urboy TJ, Saykoji, THELIONCITYBOY, Angger Dimas, dan Dipha Barus, yang akan menghangatkan malam dalam satu kolaborasi rap yang rancak.

Konsert itu merupakan sebahagian daripada perayaan harijadi ke-7 Lazada dan berakhir dengan acara membeli-belah utama pada 27 Mac.

Jualan sehari itu menjanjikan pengalaman membeli-belah dalam talian baharu termasuk pilihan baharu bagi permainan arked yang mengujakan untuk menebus baucar serta tawaran menarik bagi pengguna di rantau ini.

Sebagai persiapan untuk jualan ini, Lazada juga akan mengadakan acara ‘Brands Future Forum’ (BFF) yang julung kali diadakannya di Singapura pada 21 Mac.

Ia merupakan satu sidang kemuncak tahunan yang menghimpunkan eksekutif terkemuka dari pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa untuk bertukar pandangan dan pengetahuan dalam e-Dagang dan peruncitan.

Advertisement