Anda di sini

Gedung IKEA pertama di Utara Semenanjung jadi tumpuan

Advertisement
 Orang ramai mengunjungi IKEA Batu Kawan pada hari pertama pembukaan IKEA tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Batu Kawan, semalam. — Gambar Bernama
TUMPUAN: Orang ramai mengunjungi IKEA Batu Kawan pada hari pertama pembukaan IKEA tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Batu Kawan, semalam. — Gambar Bernama

GEORGE TOWN: IKEA, gedung jenama perabot berpangkalan di Sweden semalam membuka cawangan pertamanya di Utara Semenanjung Malaysia, di Batu Kawan, kira-kira 40 kilometer dari sini.

Gedung kedua terbesar di negara ini selepas cawangan di Johor Bahru itu, yang berkeluasan kira-kira 43,678 meter persegi, dijangka dapat menampung lebih 6,000 pengunjung dalam satu-satu masa, menurut pengurus gedung, A Pathmalingam.

Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, pasukan keselamatan akan menyekat jumlah pengunjung ke premis itu bagi mengelak kesesakan.

“Saya menjangkakan kira-kira 20,000 pengunjung akan datang pada hari pertama pembukaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan rasmi cawangan itu di sini semalam.

Pathmalingam berkata fokus cawangan itu adalah untuk mengekalkan misi menjadikan kehidupan harian rakyat lebih baik selain terus mencari peluang pasaran. — Bernama

Advertisement